Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Murka Isu Dobi Muslim,...

BATU PAHAT - Murka terhadap ceramah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kritik...

Banduan Ala Shawshank Dilihat...

NEW YORK - Seperti kisah dalam filem Hollywood, dua pembunuh yang melarikan diri...

Kuman Di Paru-Paru, Janna...

AWAL bulan lalu, nama Janna Nick hangat diperkatakan kerana kontroversi 'bercium' bersama pelakon...

Kerajaan Negeri Sembilan Akan...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula dasar perumahan negeri itu dalam...

Bina 30 Sekolah IBS Bukti Kerjasama Mantap Negeri, Pusat

TAWAU – Kerjasama mantap kerajaan negeri dan pusat terus membawa manfaat kepada pelaksanaan kemudahan infrastruktur serta pembangunan pendidikan di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perkara itu dapat dibuktikan apabila 30 sekolah berkonsepkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dibina bagi menggantikan sekolah yang berdepan masalah bangunan usang dan daif di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, hanya empat sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Wakuba di Tawau dalam proses disiapkan.

“Pembinaan sekolah berkonsepkan IBS akan diperbanyakkan dari semasa ke semasa bagi menggantikan sekolah daif demi keselesaan pelajar dan guru,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke SK Wakuba di sini, bagi meninjau kemajuan projek yang menelan belanja lebih RM2 juta dan dijangka siap Februari ini.

Sementara itu, Pairin berkata kerajaan sedaya upaya menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di negeri ini, terutamanya berkaitan jalan raya rosak, dan di Tawau antara jalan rosak termasuk jalan mendap di Batu 14 Jalan Apas serta cerun runtuh di Kilometer 15.7 dan Kilometer 50.37 di Jalan Merotai ke Kalabakan.


“Lawatan dua hari saya ke Tawau sejak semalam, antara lain turut memastikan kerja-kerja pembangunan infrastruktur di daerah ini berjalan lancar serta dapat disiapkan demi untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata projek pembinaan semula cerun-cerun yang runtuh di Jalan Merotai ke Kalabakan dekat sini, dijangka siap menjelang April tahun depan dengan kos lebih RM21 juta.

Dalam pada itu, bagi masalah jalan mendap di Batu 14 di sini, Pairin berkata peruntukan dianggarkan RM9.5 juta dipohon kerajaan negeri kepada kerajaan pusat berserta kertas cadangan untuk pembaikan kira-kira 70 meter jalan rosak tersebut. – BERNAMA

Kategori