Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rasuah: SPRM Tahan 467...

KUALA LUMPUR - Sepanjang tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahanĀ Ā 467 penjawat...

Situasi Banjir Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri Sabah yang berkenaan akan...

Pencetus Kluster PUI Sivagangga...

PEMILIK kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara...

6 Penduduk Israel Cedera...

BAITULMAQDIS - Tembakan yang dilepaskan daripada kenderaan bergerak mencederakan beberapa penduduk Israel di...

Pembinaan TBB Sandakan Penuhi Permintaan Rakyat

SANDAKAN – Pembinaan Terminal Bas Bersepadu Sandakan yang akan siap tidak lama lagi merupakan komitmen kerajaan memenuhi permintaan rakyat.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata terminal bas itu dibina dengan kos RM25.2 juta iaitu RM16.2 juta daripada kerajaan persekutuan dan RM9 juta dari kerajaan negeri.

Katanya pembinaan terminal ini sudah hampir siap, akan memberi ruang yang luas kepada pengusaha bas dan keselesaan kepada rakyat yang menggunakan kemudahan bas.

“Terminal ini dibina atas permintaan rakyat. Kami rancang dan laksanakan bagi memenuhi dan menunaikan janji kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat terminal itu di sini, hari ini.

Musa berkata menjadi keutamaan dan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan untuk keselesaan rakyat.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk James Wong berkata pembinaan bangunan utama terminal itu sudah siap sepenuhnya dan hanya tinggal kerja di bahagian luar membabitkan penimbusan kawasan rendah.

Katanya terminal ini menyediakan 12 ruang bas iaitu lapan ruang untuk mengambil penumpang dan empat lagi menurunkan penumpang.


Menurutnya sistem berkomputer akan digunakan di terminal ini termasuk memapar waktu bertolak dan ketibaan bas serta pembelian tiket termasuk tempatan menerusi internet.

Beliau berkata terdapat 16 ruang kedai runcit dan makan di bangunan dua tingkat terminal ini yang mempunyai ruang yang luas untuk penumpang menunggu.

Apabila beroperasi sepenuhnya, terminal bas ini adalah yang pertama menggunakan sistem komputer di negeri ini kata James. – BERNAMA

Kategori