Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Helikopter Bawa Pengantin Terhempas,...

NEKAD… Sebuah helikopter yang membawa pengantin perempuan telah terhempas lalu terbakar, bagaimanapun tidak...

Data Pelanggan Hotel Shangri-La...

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara...

6 Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk satu kes melibatkan Kluster MV Glen di Selangor,...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR -  Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan semakin ramai...

Pemerdagangan Manusia: Mahkamah Khas Kendali Kes

BAGAN DATUK – Proses pendakwaan dan perbicaraan kes pemerdagangan manusia yang tertunggak dapat diselesaikan menerusi penubuhan mahkamah khas bagi mengendalikan isu tersebut tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penubuhan mahkamah khas itu sangat penting untuk membuktikan keseriusan dalam membicarakan kes pemerdagangan manusia sama ada ia dilakukan oleh individu atau ejen tempatan dan luar negara.

“Isu pemerdagangan manusia ini satu isu lama dan oleh kerana kes sedemikian dibicarakan di mahkamah sivil atau mahkamah pelbagai (lain) dengan hakim yang berlatarbelakangkan pelbagai, maka Kementerian Dalam Negeri mencadangkan supaya mahkamah khas ini mempunyai seorang hakim yang mempunyai kepakaran dalam soal ini (pemerdagangan manusia),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Multaqa Permuafakatan Masjid, Surau dan Sekolah Agama Rakyat Daerah Bagan Datuk di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Shari memaklumkan mahkamah khas itu akan diwujudkan pada Mei atau Jun ini dengan lokasi permulaan di Klang, Selangor; Ipoh , Perak; Melaka; Muar, Johor; Kota Kinabalu, Sabah dan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan menubuhkan mahkamah khas tersebut telah berjaya meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai negara yang memberi perhatian serius terhadap isu pemerdagangan manusia.

“Tahap keyakinan (menerusi penubuhan mahkamah) dapat dipertingkatkan bukan kerana soal penarafan tetapi soal keprihatinan terhadap mempercepatkan kes pemerdagangan manusia yang selama ini banyak tertangguh disebabkan kekurangan hakim,” katanya.


Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerajaan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) antarabangsa dalam mengendalikan isu pemerdagangan manusia termasuk setiap mangsa yang diselamatkan diberi perlindungan.

“Kami bekerjasama dengan Tenaganita iaitu antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menyediakan peruntukan bagi memberi perlindungan.

“Selain itu, mereka (mangsa) juga harus diberi kebebasan untuk bergerak di negara kita serta diberi peluang memiliki pekerjaan,” kata Ahmad Zahid. – BERNAMA

Kategori