Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Boeing Serah Pesawat Rondaan...

NEW DELHI - Boeing berjaya menyerahkan pesawat rondaan maritim P-8I keenam kepada India,...

Manifesto BN Sabah Dijangka...

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah dijangka melancarkan manifesto negeri awal minggu...

Jaga Kelab Malam Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal kelab malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Shima Padam Foto Bertunang...

PERTENGAHAN Disember tahun lalu, pelakon 7 Petala Cinta, Shima Anuar telah mengikat tali...

Pemilik Sedia Serah Proton Saga Kepada Pencipta Nama

TIDAK lama lagi amanat terakhir Staf Sarjan (B) Ismail Jaafar untuk mendapatkan kembali sebuah kereta Proton Saga yang pernah dimenanginya mungkin akan tertunai.

Allahyarham merupakan pencipta nama Proton Saga pada tahun 1985, meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Jumaat lalu di rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Beliau sebelum itu menyuarakan hasrat supaya anaknya mencari semula kenderaan istimewa tempatan tersebut yang pernah dimenanginya lebih 30 tahun lalu.

Difahamkan, Ismail telah jual kenderaan berkenaan kepada seorang kenalan kerana pada waktu itu memerlukan sejumlah wang untuk membiayai kos dua anaknya yang ingin melanjutkan pelajaran.

Setelah amanat terakhirnya itu tersebar luas menrusi media semasa dan akhbar, pemilik terkini Proton Saga itu telah tampil menyatakan kesediaannya untuk memenuhi amanat berkenaan.

Che Far Talib, 66, berkata dia sedia menjual semula kereta itu yang dibelinya daripada seorang ejen di Sungai Petani sekitar 1991 lalu kepada ahli keluarga arwah.

Justeru, dia mengalu-alukan ahli keluarga Ismail ke rumahnya di Kampung Bendang Raja, Mukim Rambai, Kedah jika mahu berbincang mengenai perkara itu.


“Saya sayangkan kereta ini kerana ia kenderaan pertama saya beli. Kalau orang sebarangan yang nak beli, saya tak akan jual, namun jika benar itu hasrat arwah, ahli keluarganya bolehlah datang berbincang.

“Kereta itu saya beli ketika isteri, Roziyah Che Ani, 63, mengandungkan anak bongsu kami yang kini berusia 26 tahun.

“Saya langsung tak tahu sejarah kereta itu sehinggalah beberapa tahun lalu, seorang lelaki mendakwa mengenali pemilik asalnya,” katanya memetik portal BH Online.

Che Far yang bekerja sebagai petani berkata dia agak teruja selepas mengetahui cerita dan tidak menyangka Proton Saga yang dibelinya pernah menjadi milik pencipta nama kereta itu sendiri.

“Sepanjang dalam milik saya, kereta ini banyak memudahkan urusan kerja seharian, saya guna angkut barang untuk ke sawah. Kini saya sudah beli sebuah Toyota Hilux,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori