Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Saya Berasa Bertuah Memiliki...

SEMPENA ulang tahun kelahiran pelakon Nur Fazura ke 35 tahun yang diraikan pada...

CCCC Harap Malaysia Tak...

BEIJING - China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor bagi Projek Laluan Rel Pantai...

UMNO Tak Akan Bermusuh...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang berlaku pada hari ini tidak memutuskan hubungan...

Korea Selatan Senyap Sunyi...

SEOUL – Tahun ini ia hanya kira-kira 650,000 pelajar, tidak banyak beza berbanding...

Peminat Sering Berharap, Intan ‘Kena’ Tunjuk Kekasih

PENONTON drama sering mempunyai satu sifat yang mana mereka mengharapkan agar gandingan hero dan heroin dalam sesebuah drama akan bercinta di dunia realiti pula!

Sikap mereka yang begitu taasub selalunya akan menimbulkan pergaduhan antara sesetengah ‘puak’ peminat seorang selebriti tertentu.

Sebagai pendatang baharu, Intan Najuwa Abdul Wahid yang merupakan pelakon utama drama Kekasih Paksa Rela turut menjadi ‘mangsa’ mereka.

“Tujuan saya muat naik gambar dengan kekasih sebab tak nak ada salah faham atau pergaduhan antara pengikut menerusi laman Instagram.

“Tapi tak sangka pula gambar tersebut menjadi tajuk blog yang mengatakan peminat kecewa apabila saya kongsi foto bersama kekasih sehingga tular di laman sosial,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menerusi drama berkenaan, Intan telah bergandingan bersama dengan Remy Ishak dan seperti biasa, ada juga peminat yang ‘menaruh’ harapan agar Intan dan Remy menjadi pasangan kekasih.

Tak kurang juga ada yang menyimpan perasaan untuk mengenali gadis berusia 21 tahun itu dengan lebih dekat.

Intan ditanya demikian kerana sebelum ini sebuah blog hiburan tempatan telah menyiarkan artikel tentang kekecewaan peminat selepas mengetahui dia sudah mempunyai kekasih hati.

Bagaimanapun, Intan sebagai pendatang baharu merasai bahawa dia tidak begitu selesa untuk berbual tentang kehidupan peribadi.

“Kalau ikutkan saya memang tak berapa suka kongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadi. Tapi bukan bermaksud nak sorok.

“Kalau lihat di Instagram saya pun hanya ada beberapa keping sahaja gambar dengan kekasih. Namun saya faham apabila menjadi artis yang dikenali, memang apa yang kita buat orang akan perhati.


“Bagi saya, kalau perkara itu positif, saya terima sahaja. Yang negatif, kita biarkan sahaja,” tambanya lagi.

Kali ketiga ditawarkan berlakon di dalam drama membuatkan Intan lebih dikenali lebih lagi selepas bergandingan dengan hero pujaan Malaya, Remy Ishak.

Sebelum ini juga, Intan pernah terlibat dalam pembikinan drama berjudul Hantu Punya Bos dan dia turut digandingkan dengan pelakon berbakat besar iaitu Shukri Yahaya.

“Saya pertama kali bergandingan dengan Remy dalam drama tersebut. Aura dia membuatkan setiap kali nak berlakon babak romantik mesti saya menggigil.

“Bukan sebab takut tapi jadi panik. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab lakonan dia sangat hebat dan saya pula biasa-biasa sahaja,” tambahnya lagi.

Baca: Penonton Obses, ‘Cinta’ Zul & Farah Dalam Drama Sahaja

Selain Intan, Farah Nabilah turut terpalit dengan isu yang mana peminat mengharapkan hubungan percintaannya bersama dengan Zul Arifin menerusi drama Titian Cinta akan menjadi kenyataan di dunia realiti.

Penonton atau netizen sendiri perlu bijak dalam membezakan antara dunia realiti dan dunia lakonan.

Tak semestinya bercinta dalam drama kena bercinta dekat luar juga, tapi kalau dah jodoh macam Fazura dan Fattah Amin tu cerita lain lah ya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori