Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Platform ‘Deklarasi Mahathir’ Bawa...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan kini jelas menggunakan platform 'Deklarasi Mahathir' untuk membawa...

Pengerusi 1MDB Tan Sri...

KUALA LUMPUR - Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin...

WSJ Bertujuan Rosakkan Nama...

PUTRAJAYA - Tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh Wall Street...

GHB Pujuk Himpunan Penyokong...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N.Balasubramaniam mendedahkan beliau dipujuk oleh...

Penarik Kereta Dijel Simpan Motosikal Curi, Curi Bateri

KUALA LUMPUR – Padah menyimpan sebuah motosikal curi dan mencuri sebuah bateri kereta, seorang penarik kereta dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Jamel Mohd Jidin, 38, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Mohd Jamel dijatuhi hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan menyimpan motosikal curi dan penjara enam bulan bagi pertuduhan mencuri bateri kereta dan mahkamah  memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Nov tahun lepas.

Tertuduh didakwa  menyimpan harta curi iaitu sebuah motosikal jenis Modenas  di tepi bengkel kereta Good Services Tyre Centre Sdn Bhd, di  Jalan Excella 1, Taman Putra Sulaiman, Ampang, di sini pada 5.40 petang, 7 Nov 2017.

Dia dituduh mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan  yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.


Lelaki itu turut didakwa mencuri komponen kereta iaitu sebuah  bateri milik bengkel  Good Services Tyre Centre Sdn Bhd, di Jalan Excella 1, Taman Ampang Hilir, Ampang, di sini pada 5.20 petang, tarikh yang sama mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai wang namun Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Illyana Zainal memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori