Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pejabat MB Kedah Nafi...

ALOR SETAR - Pejabat Menteri Besar Kedah hari ini menafikan ada mengeluarkan senarai...

Veteran Tentera Di Perlis...

KANGAR - Lebih 1,000 anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Perlis...

10 Pengusaha Chalet P.Pangkor...

LUMUT - Sepuluh pengusaha chalet di Pulau Pangkor hari ini masing-masing menerima dua...

Tangguh Naik Harga Petrol...

MUSLIHAT... Penetapan mekanisme harga runcit petrol dan diesel perlu dibuat secara teliti supaya...

Pengarah Sekolah Thai Cinta Dengan Pelajar 14 Tahun

HARAPKAN pegar, pegar makan padi!

Seorang pengarah sebuah sekolah di daerah Bua Yai di Nakhon Ratchasima terpaksa dipindahkan ke sekolah lain kerana didakwa menjalinkan hubungan romantik dengan pelajar sekolahnya yang berusia 14 tahun.

Pengarah tersebut, Nathapop Boonthongtho dipindahkan keluar daripada sekolah kepada satu jawatan yang tidak aktif sementara siasatan oleh panel disiplin dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand, lapor media tempatan.

Bagaimanapun, Nathapop tidak hadir ke tempat kerja pada minggu ini. Jika didapati bersalah, Nathapop bakal dibuang daripada perkhidmatan awam dan juga menghadapi pertuduhan jenayah.

Perkara tersebut disahkan oleh timbalan pengarah Pejabat Pendidikan Rendah Nakhon Ratchasima 6, Supapongsa Chantharang pada Selasa dan ia berlaku di Sekolah Ban Patong Thanoen Samakkee.

Ahli jawatankuasa dan para guru di situ mendedahkan tentang skandal itu kepada pihak media dengan menyerahkan mesej perbualan yang diambil daripada telefon pelajar terbabit sebagai bahan bukti.

Bukti tersebut mendorong Pejabat Pendidikan Rendah Nakhon Ratchasima 6 untuk menubuhkan panel disiplin bagi menyiasat tuduhan tersebut.


Ketua Promosi Penyediaan Pendidikan, Khomkrit Mumthaisong, yang memimpin anggota panel tersebut telah mengunjungi sekolah itu untuk menyelidik kes hubungan pasangan tersebut yang sudah terjalin selama tiga bulan.

Namun, pelajar itu turut mengakui bahawa dia sememangnya “benar-benar dilamun cinta” dengan pengarah sekolah tersebut dan mempercayai kata-kata lelaki berkenaan bahawa dia akan berjumpa ibu bapanya.

Suspek dipercayai konon mahu meminta kebenaran daripada orang tua mangsa untuk berkahwin pada 14 Februari ini yang kebetulan jatuh bersempena dengan Hari Kekasih.

Cinta mereka dilaporkan berputik sebaik pengarah sekolah itu menggalas jawatan tersebut di sekolah berkenaan. – The Nation/Asia News Network

Kategori