Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

PRN Sarawak: Lidam Assan...

KAPIT : Calon baharu, Lidam Assan, yang ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk...

IKEA Jerman Habis Stok...

BERLIN - Ketika Jerman 'dibanjiri' kira-kira 450,000 pelarian asing sepanjang tahun ini, paling...

Gagasan Saran 3 Perkara...

KUALA TERENGGANU - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan tiga perkara untuk perhatian...

RM4.09 Juta Untuk Sekolah,...

SANDAKAN - Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan sebanyak RM4.09 juta untuk Sekolah dan Badan...

Pengarah Syarikat Didakwa Lupus Harta Syarikat

TAWAU – Seorang pengarah sebuah syarikat pembekal produk akuakultur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melupuskan sebahagian besar harta syarikat bernilai RM800,000 tanpa kebenaran syarikat.

Wilfred Lee Vui Ming, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud.

Mengikut kertas pertuduhan, Wilfred iaitu pengarah Syarikat Darvel Bay Hybrid Aquaculture Sdn Bhd yang berdaftar di Tingkat 3, Wisma Gek Poh, No. 18 Jalan Haji Saman di Kota Kinabalu tanpa kebenaran atau kelulusan syarikat telah memberi kesan kepada transaksi pelupusan harta syarikat melibatkan Breeding Division Fixed Assets & Brood Stock dan Live Fishstock in Sea Cages masing-masing bernilai RM450,000 dan RM350,000, pada 6 April 2015.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 132 (1) (b) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Najia Abdul Razak menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam Philip Lee merayu jumlah jaminan dikurangkan kepada RM1,000 dengan alasan anak guamnya tidak akan melarikan diri.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan 28 Feb ini untuk pengurusan kes. – BERNAMA

Kategori