SEORANG bapa terkejut selepas mendapati pengasuh bayinya bertindak kasar dan kejam terhadap anaknya yang baru berusia 40 hari.
Pengasuh itu dirakamkan menggoncang bayi perempuan berkenaan dan menggosok depan dan belakang bayi itu dengan kuat. Bayi itu juga dipukul di pipi.
Ia terdedah selepas bapa berkenaan, Mr Fu, sedang menguji kamera rakaman CCTV di rumahnya.
Menurut laporan stesen TV Qingdao di China, apabila Fu menyoal pengasuh berkenaan akan perlakuan tidak senonoh itu, wanita terbabit menjawab ia adalah cara normal menjaga bayi dan dia membantu bayi itu sendawa.
Selepas video CCTV itu tersebar, netizen telah mengecam perbuatan pengasuh terbabit. Ini kerana menggongcang bayi boleh menyebabkan kematiannya.
“Ini bukan cara yang betul untuk membantu bayi sendawa. Dia hanya berusia 40 hari. Bagaimana seorang pengasuh boleh berbuat demikian,” kata netizen. – MYNEWSHUB.CC