Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Puteri UMNO Desak Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO hari ini mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Kejayaan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjuarai Kejohanan Debat...

Kazakhstan Tumpu Ekonomi, Tidak...

ASTANA: Kazakhstan tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengenakan sekatan terhadap Russia, seperti yang...

2 Bot, 25 Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot dan...

Daftar Pengundi Meragukan: SPR Serah Kepada Polis

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan pendaftaran pengundi yang meragukan di Parlimen Wangsa Maju.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata ini kerana, kes tersebut melibatkan kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta peraturan-peraturan di bawahnya.

“SPR bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Hashim mengesahkan pihaknya telah menerima surat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada 17 Jan lepas berkaitan satu laporan polis mengenai pengundi baharu yang didakwa memberi maklumat diri meragukan kepada SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Laporan tersebut telah dibuat oleh seorang individu yang mewakili sebuah parti politik di Bahagian Parlimen Wangsa Maju, kata Mohd Hashim. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

Kategori