Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banyak Karya Sasterawan Wajar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan digesa agar mengambil langkah lebih proaktif untuk menjadikan...

Golongan Pendidik Disaran Terap...

KLANG – Golongan pendidik disaran menerapkan nilai manusiawi dalam proses pengajaran, sebagai usaha...

Dorong Asnaf Jadi Muslim...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya masyarakat...

‘Pendakwaan Saya Satu Bentuk...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Pengusaha Aktiviti STR Perlu Berdaftar Dengan DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan program pendaftaran aktiviti penginapan jangka pendek (STR) yang dijalankan di kawasan perumahan dan bangunan kediaman bermula tahun ini.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata pendaftaran itu sebagai langkah pengawalan dan pemantauan sebelum membuat kajian selanjutnya bagi membolehkan pengusaha yang terlibat menjalankan perniagaan mereka secara sah.

Menurut kenyataan, semua pengusaha yang ingin mendaftarkan premis STR mereka boleh melakukannya secara dalam talian menggunakan sistem e-Lesen DBKL dengan melayari laman sesawang http://elesen.dbkl.gov.my. mulai bulan ini.

Ia terbuka kepada semua pengusaha yang menjalankan aktiviti ini sama ada orang perseorangan, ejen mahupun syarikat; manakala tiada sekatan taraf kewarganegaraan dan tiada sebarangan caj bayaran dikenakan kepada pengusaha yang mendaftar premis STR mereka.

Kenyataan itu menjelaskan pendaftaran perniagaan STR ini dilaksanakan untuk kajian Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membolehkan pengusaha terlibat melaksanakan aktiviti tersebut secara sah serta di bawah pemantauan pihak DBKL.

Menurut kenyataan, pengusaha STR yang gagal mendaftarkan premis perniagaan mereka boleh dianggap sebagai telah melakukan kesalahan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengusaha-pengusaha tersebut berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang dikuatkuasakan oleh DBKL.


“Aktiviti penyewaan STR yang dijalankan di dalam kawasan perumahan dan bangunan kediaman berstrata kini telah menjadi aktiviti menjana pendapatan kepada masyarakat.

“Keadaan ini turut disumbangkan dengan perkembangan teknologi maklumat yang mana kebanyakan urusan pemasaran, promosi dan tempatan ke atas aktiviti STR dilakukan melalui laman web seperti Airbnb, HomeAway, iBilik dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, aktiviti ini juga telah mendorong beberapa isu seperti kacau ganggu, keselamatan dan kebersihan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

Kategori