Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sifar GST: Tanda Harga...

MASIH ramai peniaga dikesan belum sempat menukar tanda harga baharu selepas pelaksanaan kadar...

‘Bisa Apa’ Buah Tangan...

MESKIPUN pernah dikritik dan dikecam serta bakatnya dipertikaikan oleh netizen sewaktu pertama kali...

Presiden PKR: Tugas Getir...

KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden...

Pelajar Turki Terima Ganti...

MAHKAMAH perlembagaan di Turki memutuskan hak pelajar-pelajar sebuah universiti untuk pendidikan dan kebebasan...

Penunggang Motosikal Warga Malaysia Maut

PHATTALUNG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Petchakasem antara Hatyai dan wilayah Phattalung di selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan tadi, mangsa dikenali sebagai Muhammad Arif Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng motosikal itu cedera parah.

“Mangsa dan isterinya bersama empat rakan yang lain sedang dalam perjalanan ke Koh Samui di wilayah Surat Thani apabila motosikal mereka merempuh sebuah kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya oleh polis di daerah Paborn,” kata sumber di Balai Polis Daerah Paborn di sini.

Isteri mangsa telah dihantar ke Hospital Phattalung untuk mendapatkan rawatan.

Wakil pihak Konsulat Malaysia di Songkhla turut berada di Hospital Phattalung untuk memudahkan urusan anggota keluarga mangsa termasuk untuk membawa balik jenazah Muhammad Arif ke Malaysia. – BERNAMA

Kategori