Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

AS Sahkan Korea Utara...

SAH... Senjata kimia berbahaya yang memang sudah lama diharamkan penggunaannya oleh badan antarabangsa...

Penganggur Didakwa Rompak Berkumpulan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Hua Yang Lancar Projek...

KUALA LUMPUR - Hua Yang Bhd. (Hua Yang) merancang untuk melancarkan projek pembangunan...

Lelaki Mengaku Salah Liwat...

MERSING - Seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini...

Perlu Perlindungan Keselamatan Penguat Kuasa

KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan merangka pelan perlindungan keselamatan untuk anggota penguat kuasa yang terdedah kepada ancaman dan ugutan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata gangguan seumpama itu menyebabkan mereka tidak boleh memberi tumpuan terhadap kerja yang akan menyebabkan petunjuk prestasi utama (KPI) mereka terjejas.

“Jadi sampai masanya perlu ada satu kaedah atau pelan perlindungan keselamatan anggota-anggota penguat kuasa bagi menjamin keselamatan mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian cek faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Wisma Perkeso di sini, hari ini.

Cuepacs turut menyarankan kepada kerajaan agar perlindungan insurans diberikan pada penjawat awam kontrak sementara yang dilindungi Perkeso untuk manfaat mereka. – BERNAMA

Kategori