Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Skim Harga Maksimum Musim...

Johor Bahru : Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim...

Ramai Yang Hilang Kerja...

KUALA LUMPUR - PERKESO merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan daripada kalangan kakitangan...

Perlantikan Adenan Perkembangan Politik...

KUCHING - Pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Mac lepas merupakan...

Khabib Berang, Marah Wartawan...

JUARA Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov secara terbuka mengakui bangga dengan darah Dagestani yang...

Permohonan Semakan Daftar Pemilih 1 Mac

KUALA LUMPUR – Permohonan semakan kehakiman oleh 48 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat berhubung penggantungan kemasukan 949 nama ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Ketiga 2017, akan didengar pada 1 Mac di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Jamie Lee Jia Mian yang mewakili kesemua pemohon berkata Hakim Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas kes berkenaan disebut di hadapannya.Turut hadir Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob.

Mazlifah mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pendaftar Pemilih Negeri Johor Shafie Taib yang dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.

Abdul Wahab Hassan dan 47 pengundi berdaftar kawasan pilihan raya Parlimen Segamat iaitu pemohon dalam kes itu telah memfailkan permohonan pada 14 Dis 2017.

Mereka memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan kemasukan dan/atau pengekalan 949 nama ke dalam RDPT bersama dengan sebarang tindakan yang timbul daripada dan/atau mengesahkan keputusan tersebut oleh responden dan/atau ejen dan/atau pekerja dan/atau pegawai mereka.


Mereka juga memohon suatu deklarasi bahawa kemasukan dan/atau pengekalan 949 nama ke dalam RDPT tidak berperlembagaan kerana tidak memenuhi keperluan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mendakwa kemasukan dan/atau pengekalan nama-nama Orang Dibantah dalam RDPT adalah tidak munasabah, tidak rasional dan tidak seimbang. – BERNAMA

Kategori