Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Bella, Maaf Kerana Biar...

AKHIRNYA, pelakon baru Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah...

AKSEM Perlis Tahan 17...

ARAU - Seramai 16 warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan yang memasuki negara...

Skandal Perakaunan, Presiden Toshiba...

KETUA Eksekutif dan Presiden Toshiba, Hisao Tanaka mengejutkan ramai apabila memilih untuk melepaskan jawatan...

Muntah Yang Jijik Tapi...

SEBUT sahaja tentang muntah, pasti akan rasa jijik dan kembang tekak bukan? Namun...

Perubahan Angin Monsun Bawa Rezeki Kepah

KUANTAN – Keadaan ombak besar yang melanda perairan pantai timur berikutan perubahan angin monsun membawa rezeki kepada penduduk di sekitar Pantai Kempadang di sini, apabila ratusan ribu kepah ditemui terdampar di pantai kampung itu.

Berita tentang perkara itu tular melalui media sosial menyebabkan penduduk dari sekitar daerah ini turut berpusu-pusu ke pantai tersebut sejak pagi semalam untuk mencari rezeki ‘hanyut’ berkenaan.

Seorang peduduk Mohd Shahiran Sobri, 25, berkata dia datang ke pantai berkenaan bersama anak saudaranya sejak 8 pagi semalam selepas mengetahui tentang kepah yang ‘bersepah’ naik ke pantai itu menerusi media sosial.

“Semasa saya sampai saya dapati banyak kepah, mentarang, kapit bersepah di pantai ini. Ketika itu masih belum ramai yang datang mencari kepah sehingga saya berjaya mengutip lebih 100 kilogram makanan laut itu dalam masa tidak sampai lima jam.

“Kesemua kepah yang dikutip itu kemudian dijual dan saya berjaya memperoleh sebanyak RM1,300,” katanya ketika ditemui Bernama di pantai berkenaan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya hari ini dia hanya dapat mengutip kira-kira 40 kilogram berikutan semakin ramai yang datang untuk mengutip hidupan laut tersebut setelah berita mengenainya tersebar.

Seorang lagi penduduk setempat Norwati Salleh, 55, berkata dia datang ke pantai itu bersama suaminya setelah melihat orang berpusu-pusu ke pantai berkenaan.


“Adalah dapat sikit sebab saya baru turun pukul 9 pagi tadi,” katanya.

Mohd Hazimin Ismail, 39, pula berkata dia hanya mencari kepah bagi dijadikan lauk untuk hidangan keluarganya namun tidak menolak untuk menjual jika kutipannya banyak.

“Abang saya datang semalam dan berjaya mengutip lebih 10 kilogram kepah di kawasan pantai ini dan keadaan itu mendorong saya untuk mencuba nasib, kalau dapat lebih boleh juga dijual dan hasilnya dijadikan duit poket,” katanya yang menetap di Kampung Ubai kira-kira 20 kilometer dari lokasi berkenaan.

Tinjauan Bernama di pantai itu mendapati masih ramai penduduk yang turun mencari kepah walaupun bilangan kepah yang ‘mendarat’ sudah berkurangan setakat tengah hari ini. – BERNAMA

Kategori