Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Rasuah: Pegawai Kanan...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negeri...

PRK Sungai Bakap: Kerajaan...

SEPANG : Calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Polis Masih Buru Suspek...

PETALING Jaya - Polis kini sedang giat memburu suspek yang menyerang dan merompak...

Tiada Lambakan Durian Di...

GOPENG - Tiada lambakan durian dilaporkan di Perak walaupun berlaku pengeluaran hasil yang...

Pesara Guru Rugi RM25,000 Beli Batu Permata ‘Sakti’

KUANTAN – Seorang pesara guru menanggung kerugian RM25,000 selepas terpedaya dengan seorang lelaki yang menjual ‘batu permata sakti’ kononnya mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berumur 78 tahun sebelum itu disapa seorang lelaki kira-kira 10 pagi di Pasar Besar Pekan bertanyakan sama ada dia hendak beli batu permata.

“Tidak lama kemudian datang seorang lelaki lain, dipercayai rakan subahat suspek menunjukkan kepada mangsa satu barang didakwanya berharga RM10,000 yang berjaya diperoleh dari kubur di Melaka menggunakan batu permata itu.

“Suspek mendakwa barang itu mahu dijual kepada seorang kenalan yang sedang menunggu di sebuah kedai dobi di Taman Tasik Sultan Abu Bakar menyebabkan mangsa berminat untuk mengetahuinya dan membawa kedua-dua suspek menaiki kenderaannya untuk berjumpa dengan pembeli berkenaan,” katanya.

Katanya, sebaik berjumpa dengan pembeli itu yang juga suspek ketiga, mangsa ditunjukkan demo khasiat batu permata tersebut dengan memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan mendapati batu itu bercahaya merah.

Menurutnya setelah diterangkan tentang pelbagai khasiat batu permata itu, suspek ketiga telah meminta mangsa mengeluarkan RM2,500 untuk membeli batu tersebut dan berjanji akan membelinya dengan mangsa pada harga RM50,000.

Akibat tertarik dengan tawaran berkenaan mangsa kemudian telah pulang ke rumah untuk mengambil buku akaun Tabung Haji dan mengeluarkan wang berjumlah RM25,000 sebelum diserahkan kepada suspek.


“Selepas mendapat wang itu dan menyerahkan batu permata berkenaan, suspek telah meminta mangsa pergi ke masjid untuk menunaikan solat hajat bagi mendapatkan keberkatan dan sebaik selesai solat hajat, pengadu bagaikan tersedar.

“Dia kemudian pergi semula ke kedai dobi berkenaan untuk mendapatkan suspek, namun kesemua mereka telah hilang menyebabkan mangsa menyedari dirinya telah ditipu dan berikutan itu dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada 4.10 petang semalam,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu, katanya. – BERNAMA

Kategori