BEKAS peserta ratu cantik Miss World 2016 dari Peru, Valeria Piazza kini sedang sakit tenat dan sedang dirawat di hospital. Dia dikatakan menghidap penyakit misteri.
Keadaannya tidak didedahkan tetapi penyakit itu dilaporkan berkait dengan sistem imun badan.
Disebabkan keadaannya yang tenat itu, pelawat tidak dibenarkan melawat Valeria.
Berita mengenai Valeria, 27, itu dikongsi oleh penganjur pertandingan ratu cantik, Jessica Newton.
“Dengan penuh dukacita, saya mengesahkan bahawa Vale (Valeria Piazza) telah dirawat di hospital sejak beberapa hari lalu dan keadaannya tenat.
“Keluarganya berada di sisinya dan lawatan telah dihadkan atas arahan doktor, tetapi saya pasti ratu saya akan mengatasi krisis ini,” kata Newton yang telah diminta oleh ibu Valeria untuk memaklumkan kepada peminatnya.
Dalam pada itu, Newton ketika memaklumkan kepada stesen berita 24 Horas berkaya, Valeria dilahirkan dengan penyakit di mana badannya serang dirinya dan perlu distabilkan, mengurangkan keradangan dan meneruskan rawatan.
Valeria menang Mis Peru Universe pada 2016 turut menyertai Miss Model of the World 2014.
Pada Oktober 2016, dia terlibat dalam kemalangan kereta selepas kenderan yang dipandunya dirempuh pemandu lain mengakibatkan Valeria mengalami kecederaan parah.
Pada February 2017, Valeria telah bertunang dengan Pierre Cateriano. – Mynewshub.cc