Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

‘Terima Kasih Ustazah Kerana...

GARA-GARA bulu kening, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga mengalami kecederaan kronik di bahagian...

30 Warga Vietnam Tangkap...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Dis depan...

LHDN Sahkan Sumbangan Politik...

DARI FB NAJIB RAZAKINI jawapan rasmi parlimen diberi Menteri Kewangan PN kepada soalan...

Suami Isteri Selamat Selepas...

BANGI - Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar...

PFAM Kerjasama Kolej Antarabangsa Cyberlynx

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Antarabangsa Cyberlynx (CIC) yang antara lain bertujuan meningkatkan peluang pemain bola sepak profesional tempatan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya berkata menerusi kerjasama berkenaan, anggota PFAM berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Bola Sepak, sekali gus membuka peluang mereka menerokai peluang pekerjaan lain setelah tidak lagi bermain bola sepak.

“Menerusi kerjasama ini, kita membuka peluang kepada ahli kita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan saya harap mereka dapat memanfaatkan peluang ini kerana karier sebagai pemain bola sepak adalah tidak lama.

Sekiranya pemain mempunyai pendidikan yang tinggi, ia tidak secara langsung akan meningkatkan lagi prestasi mereka di dalam dan juga di luar padang,” kata Rezal kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU berkenaan, di sini, hari ini.

PFAM diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Cyberlynx, Datuk Dr PB Ashok menandatangani MoU bagi pihak CIC.

Rezal berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan setiap pasukan di negara ini dalam tempoh terdekat bagi menggalakkan lebih ramai pemain bola sepak tempatan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang pengajian bola sepak.


Sementara itu, Dr Ashok berkata mereka gembira untuk menjalinkan kerjasama dengan PFAM bagi memberi peluang kepada pemain bola sepak tempatan melanjutkan pelajaran di kolej swasta.

“Kami berharap lebih banyak pemain bola sepak akan merebut peluang ini memandangkan beberapa bekas pemain seperti Dollah Salleh dan Shahril Arsat juga kini melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Bola Sepak di kolej kami,” katanya sambil menambah kolej itu sedang mempertimbangkan untuk menyediakan biasiswa kepada anggota PFAM yang layak.

Dr Ashok juga berkata diploma kolej itu diiktiraf Menteri Pendidikan Tinggi dan pemain bola sepak yang layak boleh melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah di United Kingdom jika mereka lulus peringkat diploma. – BERNAMA

Kategori