Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Kompromi Kakitangan KDN...

KUALA LUMPUR - TImbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr...

Michelle Yeoh Terima Satu...

KUALA LUMPUR - Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, antara bintang filem terkemuka...

Aliran Trafik: Kenderaan Dijangka...

KUALA LUMPUR –  Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 5 petang ini berikutan pertambahan orang...

Hoki Piala Asia Uji...

KUALA LUMPUR - Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia akan menjadi medan untuk menguji...

PLKB40 Bantu Pelajar Tingkat Kemahiran

KOTA KINABALU – Pembiayaan Latihan Kemahiran B40 (PLKB40) oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mampu membantu pelajar kurang berkemampuan meningkatkan kemahiran dan potensi diri menerusi kursus latihan disertai di kolej kemahiran.

Pengurus Pusat Bertauliah Kolej Kemahiran Ascot (Ascot Academy), Steve Benedict, berkata program tersebut juga memberi peluang kepada kumpulan sasar mendapatkan pekerjaan atau mengusahakan perniagaan sendirii dan seterusnya membawa keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, seramai 55 pelajar kolej itu telah menerima PLKB40 daripada PTPK dalam program perkhidmatan makanan dan minuman selain mendapat pekerjaan di hotel terkemuka di Sabah termasuk di Semenanjung setelah tamat pengajian.

“Kami merekodkan 100 peratus pelajar di bawah PLKB40 ini mendapat pekerjaan. Dengan ini, mereka dapat membantu keluarga,” katanya selepas majlis penyampaian sijil kemahiran PLKB40 di sini hari ini.

Seramai 30 pelajar kolej itu, yang merupakan kumpulan kedua mendapat PLKB40, menerima sijil kemahiran berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Ulink Ascot Sdn Bhd. Ramlan Awang Ali.


Steve berkata pihaknya menyasarkan lebih 50 pelajar terpilih mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang hospitaliti di kolej tersebut menerima tajaan PLKB40 pada tahun ini.

PTPK adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. – BERNAMA

Kategori