Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Banjir: 61 Mangsa Di...

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kembali meningkat kepada 61 orang daripada...

Warga Emas Dikhuatiri Lemas...

ALOR GAJAH: Seorang warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan...

Kemudahan Perubatan Disediakan Kerajaan...

MELAKA - Kemudahan perubatan disediakan kerajaan untuk rakyat pada masa ini adalah setanding...

Keputusan SPM 2016 Diumum...

PUTRAJAYA - Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada...

PM Hantar Misi Bantuan 10 Tan Untuk Pelarian Rohingya

SUBANG – Malaysia terus membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dengan menghantar 10 tan lagi bantuan kemanusiaan ke Cox’s Bazar, Bangladesh melalui penerbangan tentera, hari ini.

Rombongan diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sendiri itu juga meninjau kesan hospital medan Malaysia di wilayah Ukhia di Cox’s Bazar, sejak Disember lalu.

Misi berlepas di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini turut disertai 57 wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tujuh petugas media dari pelbagai agensi tempatan.

Penghantaran delegasi misi yang turut disertai oleh Duta Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir pada majlis perlepasan misi tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta wakil diplomat asing di ibu negara dari kedutaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.

Pesawat tentera jenis Airbus A400M berlepas ke Chittagong pada jam 9 pagi Sabtu, dijangka tiba di destinasi dalam masa dua jam setengah. Ini misi kemanusiaan ketiga Malaysia ke Bangladesh untuk membantu pelarian Rohingya.

Misi kemanusiaan kali ini turut mendapat sokongan Arab Saudi dan UAE yang akan memberi bantuan peralatan perubatan untuk operasi hospital medan Malaysia dengan diketuai Kementerian Kesihatan Malaysia.


Ia turut menerima sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, badan bukan kerajaan seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Islamic Medical Association Relief Team, Mercy Malaysia dan Humanity Heroes.

Pembinaan hospital medan dan penyediaan aset perubatan serta latihan teknikal kakitangan perubatan awam dilaksanakan ATM. Sehingga kini, pasukan perubatan Malaysia di hospital medan merawat lebih 3,768 pesakit.

Kerajaan Malaysia juga mengerahkan aset hospital medan dan peralatan perubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan sebanyak RM3.5 juta selama tiga bulan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori