Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zahid Gesa Rakyat Kerjasama...

SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman yang...

Video: Bapa ‘Belasah’ Pembunuh...

GAGAL mengawal kemarahan, seorang bapa bertindak di luar batasan dengan menumbuk lelaki yang...

PKNS Tak Pernah Terima...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menegaskan pihaknya tidak...

PM Harap Thaipusam Jadi Lambang Semangat Negaraku

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap sambutan Thaipusam akan terus menjadi lambang semangat Negaraku serta sumber inspirasi kepada semua rakyat untuk terus hidup dalam keamanan, perpaduan dan kestabilan.

Perdana Menteri berkata Malaysia cukup bertuah kerana dirahmati dengan kepelbagaian kaum, agama serta budaya, menjadikan rakyat di negara ini cukup unik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

“Marilah kita bersama-sama menghayati semangat sambutan Thaipusam bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan yang beragama Hindu,” katanya dalam perutusan bersempena sambutan perayaan Thaipusam esok menerusi blognya najibrazak.com hari ini.

Najib seterusnya berharap masyarakat Hindu di Malaysia menyambut Thaipusam dengan penuh makna tahun ini.


“Selamat menyambut Thaipusam!” ucap Najib. – BERNAMA

Kategori