Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

AIA Public Takaful Sokong...

KUALA LUMPUR - AIA Public Takaful Bhd (AIA Public) mengumumkan sokongannya terhadap program...

Fouziah Gous Hitung Hari,...

PASTINYA tiada apa yang lagi menggembirakan hati seorang suami selain dapat tahu bahawa...

Duta Korea Utara Naik...

DUTA Besar Korea Utara, Kang Chol yang diusir balik ke negara asalnya mungkin...

Geng Tikus Tumpas

Sungai Petani : Kegiatan licik Geng Tikus yang melakukan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi...

PM Puji Pengurusan Bencana Banjir Lancar

KUANTAN – Kaedah pengurusan bencana banjir yang bertambah baik dari semasa ke semasa mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang dilanda musibah di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri memuji usaha yang dijalankan bagi membantu mangsa di negeri-negeri yang dilanda banjir setakat ini, yang disifatkannya sebagai lebih lancar dan tersusun.

Namun, beliau meminta pihak berkenaan supaya terus menambah baik kemudahan yang disediakan bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai Menteri (di Jabatan Perdana Menteri) yang bertanggungjawab dalam menyelaras bantuan ke pusat-pusat pemindahan dan agensi terlibat yang membantu berikutan bencana kali ini.

“Kita bersyukur keadaan banjir di Semenanjung Malaysia bertambah baik dan banyak pusat-pusat pemindahan telah tutup. Mangsa-mangsa juga boleh balik ke rumah masing-masing tidak lama lagi,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Sri Damai di sini, hari ini.


Ia merupakan satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di Kuantan dengan menempatkan 62 mangsa.

Selain Shahidan, perdana menteri juga diiringi oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Terdahulu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan meluangkan masa melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan. – BERNAMA

Kategori