Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cecair Nitrogen Perlu Meruap...

PENGELUAR atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan perlu memastikan ia...

Tandas Awam Perlu Dijamin...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Laluan Lojing – Gua...

KUALA LUMPUR - Laluan FT185 Lojing – Gua Musang yang ditutup sejak 24...

Impian Adik Hafiq Qayyum...

SEBELUM ini, Mynewshub ada menyiarkan kisah mengenai hasrat adik Hafiq Qayyum yang menghidapi...

PM Ucap Syabas Kejayaan Skuad B-23 Negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara kerana berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di Stadium Kunshan, China, malam ini.

“Syabas #HarimauMalaya B-23 berjaya tundukkan Arab Saudi untuk ke suku akhir #AFCU23 ! #Negaraku #Kebanggaanku,” katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Skuad negara mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan C.

Pemain tengah Felda United, Danial Amier Norhisham muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan bersejarah, sekali gus memastikan Malaysia mara ke pusingan kalah mati selaku Naib Juara Kumpulan C di belakang Iraq.

Pada aksi suku akhir yang dijadual berlangsung Jumaat ini, menanti Malaysia adalah juara kumpulan D antara Korea Selatan, Vietnam, Australia dan Syria yang mana persaingan masih terbuka buat keempat-empat pasukan itu. – BERNAMA

Kategori