Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Khidmat Tajuddin Sebagai Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul...

‘Optimus Prime’ Dipesan Sultan...

JOHOR BAHRU - Trak Mack termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim...

Pentadbiran Negara Dikuasai DAP...

KLANG - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan mengatakan pentadbiran negara...

17,600 Bungkus Rokok Seludup...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 17,600 bungkus kecil rokok seludup...

PM Ucap Tahniah MDEC, Alibaba Inisiatif Malaysia City Brain

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan tahniah terhadap pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di atas kerjasama terbaharu dengan Alibaba Cloud bagi memanfaatkan ekosistem kecerdikan buatan (AI) Malaysia.

“Tahniah kepada @mymdec dan @alibaba_cloud. (Saya) gembira dapat melihat ekosistem AI Malaysia menuju selangkah ke depan menerusi inisiatif berimpak tinggi terbaharu, Malaysia City Brain.

“Sistem perbandaran pintar in akan memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter terbaharu beliau, hari ini.

Awal hari ini, MDEC mengumumkan kerjasamanya dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Alibaba Cloud bagi kemudahan mewujudkan platform Malaysia City Brain.


Inisiatif Malaysia City Brain itu menawarkan pihak berkepentingan dengan aspek komprehensif termasuk pemerolehan, penyepaduan dan analisis data raya yang dijana pelbagai sumber dalam ruang perbandaran menerusi video dan pengenalan imej, perlombongan data dan teknologi pembelajaran mesin.

Ia kini melalui fasa perintis selepas menerima bukti konsep daripada kerajaan pada Ogos tahun lepas. – BERNAMA

Kategori