Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Biskut Raya Kak Ani...

MENJELANG Aidilfitri ini, kedai pemborong biskut Kak Ani di Kampung Sungai Rotan, Pendang,...

Perempuan ‘Tertua’ Filipina Sambut...

DI kala golongan bonjuis sedang berlumba-lumba untuk mengekalkan kecantikan dengan mendapatkan rawatan awet...

Operasi Tangkap Anjing Liar:...

Petaling Jaya : Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di...

“Drogba mentor saya sejak...

KEMARAAN Romelu Lukaku nampaknya tidak boleh disangkal lagi apabila dia mencatat 100 gol...

PM Umum 4 Khabar Gembira Buat Pesara Polis

SYUKUR… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan empat khabar gembira yang memberi manfaat kepada lebih 120,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta setiap tahun bagi tempoh tiga tahun kepada Tabung Amanah Warisan Polis yang berperanan membantu keluarga pesara polis.

Beliau juga mengumumkan kuota khas untuk menunaikan ibadah fardu haji bakal dinikmati golongan pesara tentera sekali gus mengurangkan tempoh menunggu yang ketika ini agak lama sehingga puluhan tahun.

Najib bagaimanapun belum memuktamadkan jumlah sebenar kuota khas untuk jemaah haji tersebut kerana masih lagi perlu menunggu ‘isyarat’ rasmi daripada Raja Arab Saudi sendiri, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan kuota khas daripada 10,000 unit skim perumahan mampu milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) supaya golongan pesara ini mampu memiliki rumah.

“Atas nasihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, unit hal ehwal veteran polis disusun semula dan cawangan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan kita bantu khususnya aspek kebajikan.


“Tuan-tuan, saya tahu ini bukanlah nilai sumbangan tuan-tuan yang memang tidak ternilai,” kata Najib lagi ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Pesara Polis Dengan Perdana Menteri pada Isnin.

Selain Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, turut hadir sama ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta Timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Kira-kira 5,000 pesara polis dari seluruh negara menghadiri majlis perjumpaan khas tersebut yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori