PONDAN di Aceh, terutama yang bekerja di salun rambut ditangkap dan polis kemudian bukan saja memaksa mereka berpakaian seperti lelaki, malah rambut mereka juga dipotong pendek, hampir botak.
Semalam, polis menyerbu beberapa salun kecantikan dan menangkap 12 mak nyah yang bekerja di premis terbabit, berikutan ada penduduk mengadu mereka menggoda remaja lelaki.
Berikutan itu, ada penduduk cuba memukul mak nyah terbabit ketika mereka dibawa ke balai polis namun berjaya dihalang pihak berkuasa.
Menurut polis, mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang syariah dengan berpakaian atau berperwatakan seperti perempuan.
Polis kemudian memotong rambut mereka yang panjang sebelum memaksa pondan terbabit memakai baju lelaki serta bercakap dengan suara asal.
“Jumlah mereka (mak nyah) semakin bertambah di sini dan saya tidak mahu ia terus berlaku,” kata jurucakap polis, Ahmad Untung Surianata. – AFP/myMetro Online