Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Rahim Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia,...

Bantahan Terhadap Indonesia, AFF...

KUALA LUMPUR - Belum ada keputusan daripada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berkenaan...

Perkhidmatan Pos Di Gunung...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd menggantung perkhidmatan pos dan operasi runcitnya di...

Muhyiddin Calon PM Ke-10...

KUALA TERENGGANU : Bekas Perdana Menteri kelapan akan dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri...

Polis Jejak Lelaki Bagi Bantu Kes Bunuh

PORT DICKSON – Polis sedang mengesan seorang saksi lelaki bagi membantu siasatan bersabit kes bunuh seorang juruteknologi pergigian Klinik Kesihatan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad berkata dipercayai lokasi terakhir lelaki berumur lingkungan 20-an itu ialah di Johor Baharu.

“Lelaki itu juga disyaki melarikan sebuah motosikal milik mangsa jenis Yamaha Y15ZR berwarna putih dengan nombor pendaftaran RT 4644 serta helmet jenama Shoei berwarna kelabu.

“Pihak polis percaya lelaki terbabit merupakan petunjuk penting bagi kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Zainudin berkata mana-mana individu yang mengenali lelaki terbabit atau pernah melihat motosikal itu supaya tampil memberi maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Zakaria di talian 019-3642929.


Pada 22 Jan lepas, seorang juruteknologi pergigian Klinik Kesihatan Port Dickson Mahussin Abd Rahim, 28, ditemukan mati dibunuh di kediamannya di tingkat empat Kuarters Kakitangan Klinik Kesihatan Lukut.

Siasatan awal berdasarkan keadaan mayatnya, didapati mangsa meninggal dunia lebih 72 jam sebelum ditemukan. – BERNAMA

Kategori