Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Melaka Rampas 236...

JASIN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka merampas 236...

Nenek Disiasat Dan Dikecam...

Seorang nenek di Ohio, Amerika Syarikat telah disiasat oleh pihak berkuasa selepas tindakannya...

Padah Jadi Bisu, Tekak...

HIKMAH... Umat Islam tentu maklum bahawa Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu pernah...

Jenazah Prof. Izzi Selamat...

JENAZAH pakar motivasi terkenal, Prof. Izzi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung...

Polis Kedah Rampas 165.5 Kilo Ganja RM496,500

SUNGAI PETANI – Polis Kedah berjaya menahan dua lelaki serta merampas 160 ketulan mampat ganja seberat 165.5 kilogram (kg) bernilai RM496,500 dalam operasi di sekitar kawasan negeri ini dan Pulau Pinang, Isnin lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah dalam satu serbuan serentak di kawasan parkir pasar raya Tesco Extra, Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada jam 3.15 petang.

Beliau berkata anggota JSJN negeri mengekori sebuah kereta jenis Naza Citra dipandu oleh seorang lelaki berusia 41 tahun dari Yan, Kedah sehingga ke kawasan parkir pasar raya berkenaan yang dijadikan lokasi pertemuan dengan seorang suspek berusia 27 tahun yang memandu kereta Perodua Alza.

Pemeriksaan fizikal terhadap suspek tidak menjumpai barang salah sebelum kedua-dua suspek bersama kenderaan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) untuk pemeriksaan lanjut, katanya pada sidang media di IPD Kuala Muda di sini, hari ini.

“”Hasil pemeriksaan lanjut ke atas Naza Citra, polis menemui dua guni berwarna putih berisi 60 ketulan mampat disyaki dadah ganja seberat 61.9kg sementara pemeriksaan terhadap Perodua Alza menemui tiga guni putih mengandungi 100 ketulan mampat ganja seberat 103.6kg,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pemandu Naza Citra yang bekerja sebagai penjual daging di pasar serta peniaga gerai makan yang memandu Perodua Alza itu turut positif dadah dalam keputusan ujian saringan urin masing-masing.

Asri berkata pihaknya turut merampas wang tunai RM2,723 dan jam tangan Rolex daripada pemandu Naza Citra dan RM192 daripada pemandu Perodua Alza.


Menurut, kedua-dua suspek, yang berasal dari Pulau Pinang itu, ditahan reman seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata pihaknya telah mengintip kegiatan suspek yang dipercayai mengambil bekalan dadah itu dari negara jiran dan dibawa masuk melalui Bukit Kayu Hitam sejak empat hingga lima bulan lepas untuk pasaran di Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Asri berkata Majlis Kerabat Kedah atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Kerabat Diraja Kedah sudah tidak wujud di negeri ini dan tidak sah daripada segi undang-undang kerana pendaftaran majlis itu telah dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Kedah.

Katanya, majlis berkenaan telah dibatalkan pendaftarannya pada 5 Mac tahun lepas menerusi Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 atas sebab antaranya setiausaha gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Justeru, beliau berkata pihak tertentu diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan nama majlis itu lagi selepas ini bagi tujuan kepentingan diri. – BERNAMA

Kategori