Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Empat Lelaki Samun Kedai...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di...

Jailani Agih 11 Ekor...

HULU TERENGGANU - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hari ini...

Tak Perlu Was-Was Daging...

KUALA TERENGGANU - Umat Islam di negeri Terengganu tidak perlu was-was untuk memakan...

Kononnya Kafe Makanan Tapi...

KUALA LUMPUR - Sekali pandang tidak ada sesiapa menyangka ada sesuatu yang tidak...

Polis Kelantan Rampas Dadah Bernilai RM11.6 Juta

PASIR MAS – Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.6 juta di negeri ini melibatkan tangkapan 17,786 individu sepanjang tahun lepas (2017).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan Supt Mit A/L Emong berkata dadah jenis pil kuda yang dirampas adalah sebanyak 590,312 biji bernilai RM5.9 juta, diikuti syabu 67,671.01 gram (RM4.7 juta), ubat batuk 3,224.62 liter (RM483,693), heroin 3,790.85 gram (RM352,549), dan Eramin5 8,165 biji (RM122,475).

“Turut dirampas ganja seberat 2,005.60 gram bernilai RM4,011 manakala daun ketum sebanyak 9,904 kilogram bernilai RM122,475 dan air ketum 6,022.59 liter bernilai RM60,225,” katanya kepada pemberita selepas program Pelupusan Barang Kes Dadah Peringkat Kontinjen Kelantan di Lapang Sasar Pak Junoh di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pelbagai jenis dadah bernilai RM200,000 yang dirampas dalam tempoh 11 tahun sejak 2006 dilupuskan hari ini.

Katanya pelupusan dadah berkenaan yang menjadi bahan bukti kepada 1,150 kes di seluruh negeri ini dilakukan setelah kes terbabit selesai di peringkat mahkamah.


“Dadah yang dilupuskan itu ialah 1,698 gram pil kuda, 118 gram syabu, 415 gram heroin, 48 gram ganja, 58 liter air ketum, 530 kilogram daun ketum, 20 gram eramin5, dan 3.5 liter ubat batuk ,” katanya. – BERNAMA

Kategori