Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Hamidi Bertemu...

PUTRAJAYA - Seorang pelajar dari Kuching, Sarawak menganggap dirinya bertuah kerana memiliki nama...

Gambar Jururawat ‘Belanja’ Seluar...

Umum mengetahui, jururawat adalah pekerjaan mulia dan ia turut diterjemahkan menerusi uniform putih...

‘Influencer’ Berpakaian Wanita Mohon...

KUALA LUMPUR - "Saya masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita...

Kerajaan Hormati Keputusan Sultan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Sultan Muhammad V meletak...

Polis Lengkapkan Siasatan Pencuri Terbunuh

JOHOR BAHRU – Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kejadian seorang pencuri yang terbunuh dalam pergelutan bersama pemilik rumah yang dimasukinya di Ulu Tiram, dekat sini, petang Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata siasatan kini ke atas pemilik rumah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, kes itu juga disiasat bersama Seksyen 99 Kanun Keseksaan terhadap pemilik rumah untuk memastikan haknya dalam mempertahankan diri, nyawa dan harta.

“Siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Rakya untuk keputusan. Mayat si mati (pencuri) telah dituntut oleh kakaknya pada pukul 3 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang Rabu, lelaki yang dipercayai pencuri itu ditemukan mati dalam keadaan terbaring akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.

Sebelum itu, lelaki itu dikatakan memasuki rumah berkenaan melalui tingkap tandas belakang bersebelahan dapur sebelum bertindak memecahkan pintu bilik utama.

Dia kemudian turut menggugut pemilik rumah dengan menggunakan pemutar skru untuk menyerahkan barangan berharga, selain bertindak menggeledah bilik kedua dan ketiga rumah berkenaan serta memaksa mangsa membuka pintu dapur untuk melarikan diri.


Namun, ketika hendak melarikan diri, pemilik rumah dilaporkan sempat mencapai sebilah pisau pemotong sayur berukuran 22 sentimeter dan mengarahkan pencuri memulangkan semula barangan miliknya tetapi lelaki itu enggan lalu berlaku pergelutan di antara mereka.

Hasil siasatan awal mendapati pencuri berkenaan mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan polis menemukan dompet, wang tunai berjumlah RM730, cincin emas dan telefon bimbit jenis Motorola di dalam kocek seluar suspek.

Pemilik rumah itu kini direman selama tujuh hari sehingga 10 Jan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori