Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kurang Kesedaran Punca Rabies...

PASIR SALAK - Kurang kesedaran dan sikap sambil lewa masyarakat setempat punca virus...

Perintah Gaji Minimum RM1,000...

PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1...

Bank Pusat Singapura Lapor...

SINGAPURA - Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membuat laporan polis terhadap penulis artikel yang...

21 Rumah Rosak Akibat...

KUANTAN – Jumlah rumah yang rosak akibat kejadian ribut di Jenderak Utara, Kuala...

Sindiket Curi Motosikal ‘Geng Saiful’ Tumpas

MELAKA – Tiga lelaki anggota ‘Geng Saiful’ dan seorang pengusaha bengkel ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket curi motosikal di kawasan sekitar daerah Melaka Tengah sejak enam bulan lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata geng berkenaan yang diketuai remaja berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Saiful itu menjual motosikal curi kepada pengusaha bengkel di Rumbia, Alor Gajah pada harga RM300 hingga RM500 sebuah.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan pengusaha bengkel haram berusia 34 tahun itu di Taman Rumbi Setia Alor Gajah kira-kira 2.30 petang pada 3 Jan lepas sebelum tangkapan kedua melibatkan tiga anggota geng berkenaan di sekitar Tanjung Minyak, Batu Berendam dan Ayer Keroh antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang keesokan harinya.

“Sindiket berkenaan berjaya ditumpaskan hasil daripada aduan dua orang awam yang kehilangan motosikal di sekitar Cheng dan Batu Berendam pada 14 dan 27 Oktober lepas.

“Geng berkenaan menjadikan motosikal baharu sebagai sasaran mereka dan siasatan awal mendapati mereka terlibat dalam sembilan kes curi motosikal di sekitar daerah Melaka Tengah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad.

Abdul Jalil berkata polis merampas dua motosikal jenama Honda ketika tangkapan selain turut merampas 45 rim, 11 ekzos, lima enjin dan lima rangka motosikal pelbagai jenis.


Dalam perkembangan lain, Abdul Jalil berkata pihak polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam dua kes samun kedai 24 jam di sekitar Melaka sejak awal tahun ini.

Beliau berkata wajah lelaki berkenaan hanya dilakar secara fotofit kerana kebanyakan kedai 24 jam yang disamun tidak meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat yang strategik seperti di bahagian kaunter untuk merakam wajah pelanggan khususnya penjenayah.

“Lelaki berkenaan memasuki kedai 24 jam tanpa menanggalkan topi keledar dan membawa pisau sebagai senjata untuk mengugut pekerja di premis terlibat dan laporan terbaharu melibatkan suspek adalah di KK Mart Bukit Beruang di sini kira-kira 2.20 pagi semalam,” katanya.

Beliau berkata pihak polis percaya suspek tidak melakukan jenayah tersebut secara bersendirian ketika melakukan samun bagi mendapatkan wang tunai dan rokok. – BERNAMA

Kategori