Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Beku Akaun UMNO Tunjuk...

TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun UMNO di ambang pemilihan calon...

Penunggang Motosikal Maut, 2...

KLUANG – Seorang penunggang maut manakala dua rakannya cedera parah selepas sebuah kereta...

“Akhirnya Terbukti Saya Tidak...

KUALA LUMPUR - Salah seorang saksi utama prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib...

6 Mangsa Semuanya –...

KUALA LUMPUR - Lima buruh asing dan seorang warga tempatan terbabit dalam kejadian...

Polis Rampas Lebih 400 Bungkus Air Ketum

IPOH – Polis merampas 440 bungkusan plastik berisi air ketum serta 30 kilogram (kg) daun ketum di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya, di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata dalam serbuan kira-kira 11 malam itu, lima lelaki tempatan ditahan ketika sedang leka memasak dan membungkus air tersebut masing-masing tiga di ruang tamu dan dua di ruang dapur.

“Hasil pemeriksaan di ruang tamu menemukan empat bakul plastik besar berisi 440 bungkus plastik disyaki air ketum dan empat bakul berisi daun hijau disyaki daun ketum anggaran berat 30 kg,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah alat penimbang, dua tong gas dan dua dapur serta alatan memproses air ketum.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.


Menurut sumber kesemua yang ditahan berumur antara 26 dan 35 tahun serta menjalankan kegiatan tersebut sejak setahun lepas di rumah yang disewa itu.

Difahamkan setiap periuk mampu menghasilkan 500 bungkus air ketum yang boleh dijual pada harga RM2.50 sebungkus. – BERNAMA

Kategori