Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru Tanjung Piai Dipaksa...

PONTIAN - Guru-guru Parlimen Tanjung Piai dan Pontian dipercayai telah diarah pihak tertentu...

Kuih Bakul Halal Hasil...

KOTA KINABALU - Setiap kali musim perayaan Tahun Baharu Cina, sudah pasti kuih...

Kes Bunuh Tapah: Mahkamah...

IPOH - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan mekanik dan anak lelakinya...

Kerajaan Lemah Tak Berpakat,...

PRK KKB | Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada...

Polis Thai Berkas Wanita, Suami Dalang Sindiket Dadah

BANGKOK – Polis anti dadah Thai memberkas seorang wanita dan suaminya, seorang pegawai tinggi polis, yang dipercayai menjadi dalang di sebalik sindiket dadah melibatkan berjuta-juta Dolar, dengan operasinya meliputi beberapa negara di rantau ini.

Ketua Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata wanita berumur 31 tahun itu dan suaminya yang berpangkat Lt Kolonel, ditahan dalam beberapa serbuan bersepadu yang dilancarkan NSB di seluruh negara bermula 12 Jan tahun ini.

“Kami syak sindiket ini yang diketuai seorang wanita dan suaminya mempunyai kaitan dengan raja dadah Laos, Xaysana Keopimpha dan raja dadah tempatan, Usman Salaemeng,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Jen Chakthip Chaijinda di ibu pejabat NSB di sini hari ini.

Xaysana, yang digelar ‘Raja Dadah ASEAN’ oleh pihak berkuasa Thai, ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi tahun lepas dan kini menunggu untuk dibicarakan, manakala Usman dari Narathiwat, menjadi orang buruan sejak 10 tahun lepas dan dipercayai menyembunyikan diri di sebuah negara jiran.

Menurut Sommai, serbuan terhadap wanita itu dan suaminya merupakan sebahagian daripada siasatan lanjut NSB terhadap rampasan 520kg marijuana di Hatyai, selatan Thailand pada 21 Dis tahun lepas.

Katanya berdasarkan siasatan polis, wanita itu dipercayai menjadi orang yang bertanggungjawab dalam mengawal perdagangan dadah dengan seorang pengedar dadah yang tidak dinamakan dari Laos, selain aktiviti transaksi wang yang mempunyai kaitan dengan perdagangan dadah yang membawa keuntungan lumayan.

Sementara itu, pihak berkuasa akan mendakwa suami wanita itu dengan pertuduhan konspirasi dadah dan pengubahan wang haram.


“Sindiket diketuai wanita terbabit dan suaminya itu terlibat terutamanya dalam mendapatkan dadah jenis Methaphetamine seperti ‘Ice’ (Crystal Methaphetamine) dan Marijuana daripada Segitiga Emas ke Selatan Thailand, sebelum dadah itu dipasarkan ke negara lain,” katanya.

Timbalan Sommai, Maj Jen Thanai Aphichartsenee berkata sindiket suami isteri itu beroperasi sejak empat hingga lima tahun lepas, dengan dadah dalam kawalan mereka biasanya diseludup merentasi sempadan ke negara ketiga sebelum sampai ke bandar di selatan sempadan, Hatyai.

Polis turut mengumumkan selain wanita itu dan suaminya, mereka turut menahan tujuh orang lagi dalam serbuan itu dan merampas 21 senjata api, pelbagai jenis kereta, hak milik tanah, kondominium, rumah, wang tunai dan barangan kemas dianggarkan bernilai kira-kira 188 juta Baht (RM22 juta).

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 3.34 juta pil Methaphetamine, 2kg “Ice”, 12kg Marijuana dan sejumlah kecil Heroin bernilai kira-kira 722.8 juta Baht (kira-kira RM90 juta), kata polis. – BERNAMA

Kategori