Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Majlis Peguam Kutuk Peguam...

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam Malaysia mengutuk keras pembabitan mana-mana peguam dalam perbuatan...

Statistik Jenayah Akan Didedah...

MIRI - Satu mekanisme baharu untuk memerangi jenayah secara telus dan mengeratkan lagi...

Proton Lancar Saga 2019,...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (PROTON) melancarkan versi terkini Saga 2019 yang...

Nasib Kaum India: DAP...

KUALA LUMPUR - Parti DAP mempertahankan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada tiga soalan...

Polis Thai Tahan 6 Rakyat Malaysia Di Bangkok

BANGKOK – Polis Thai menahan enam lelaki warga Malaysia dalam serbuan berasingan di bilik hotel mereka di sini kerana disyaki menjadi anggota sindiket ‘penipuan pusat panggilan’ di negara ini.

Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Thai, Mej Jen Surachet Hakpan yang mengetuai serbuan itu malam tadi berkata, seorang suspek rakyat Malaysia itu ditahan di sebuah hotel di kawasan Huai Kwang malam tadi manakala lima lagi ditangkap di sebuah hotel di Sukhumvit Road kira-kira 2 pagi (waktu tempatan) hari ini.

“Berdasarkan maklumat daripada seorang rakyat Malaysia yang ditahan di hotel Huai Kwang, kami berjaya menahan lima lagi suspek dalam operasi susulan di bilik hotel di Sukhumvit Road,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai buku akaun bank, kad kredit, kad ATM dan resit pengeluaran wang, kad SIM telefon bimbit, telefon bimbit serta wang tunai dalam Thai Bhat dan Ringgit Malaysia daripada lelaki terbabit.

Surachet berkata kesemua rakyat Malaysia itu sering pergi ke Thailand.


Beliau berkata siasatan polis menumpukan kepada seorang daripada suspek yang mengumpul semua duit mangsa dan memindahkannya ke beberapa akaun bank mempunyai nama rakyat Thai dan Malaysia.

Wang itu kemudian dikeluarkan dari Thailand, katanya, dan menambah polis mendapati kira-kira 1.2 juta Baht (kira-kira RM153,000) telah dikeluarkan dari negara ini.

Beliau berkata polis akan menahan rakyat Thai yang namanya tertera dalam akaun bank terbabit yang digunakan sindiket itu untuk siasatan, terutamanya mengenai kemungkinan penglibatan mereka dalam sindiket berkenaan. – BERNAMA

Kategori