Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan lancar di semua laluan utara dan selatan...

SK Seri Selangor Muncul...

SHAH ALAM – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Selangor merangkul kejuaraan bola sepak Piala...

Mahathir Tidak Serah Jawatan...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka tidak akan menyerah...

Debu Letusan Sinabung Tak...

KUALA LUMPUR - Asap dan debu letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia...

Polis, TNB Potong Bekalan Elektrik Premis Judi

ALOR SETAR – Pihak polis mengambil langkah drastik memotong bekalan elektrik enam premis kediaman dan kedai di sekitar Kota Setar sepanjang Januari ini, selepas didapati menjalankan aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata operasi bersepadu Op Dadu itu dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bersama kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sementara itu, bagi tempoh 2017 sebanyak 16 premis kedai telah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik mengikut peruntukan Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, pihak polis bersama kakitangan TNB telah menjalankan operasi pemotongan elektrik selama dua jam yang bermula pukul 9 pagi di rumah kediaman dan premis kedai disekitar kawasan Gunung Keriang di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, ada antara mereka telah mengubah modus operandi dengan menjalankan kegiatan perjudian di rumah kediaman.


“Sebelum ini, kita banyak serbu premis kedai dan sebab itu mereka ubah modus operandi dengan menjalankan kegiatan perjudian ini di rumah kediaman bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kita akan jalankan operasi ini secara berterusan bagi mengesan premis lain yang menjalankan kegiatan sama dan saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk salurkan kepada pihak polis,” katanya. – BERNAMA

Kategori