Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Sekolah Rempuh Kereta...

MIRI - Polis menahan dua pelajar Tingkatan Lima dari sebuah sekolah menengah di...

K’jaan Beri Subsidi Ubat...

BUTTERWORTH - Kerajaan memberi subsidi bagi ubat-ubatan bernilai antara RM49 hingga RM69 bagi...

Banjir Di Perak Beransur...

Ipoh : Keadaan banjir di Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada...

Kumpulan Azmin Ikrar Sokong...

KUMPULAN 11 ahli parlimen yang dipecat dan keluar dari PKR mengulangi sokongan kepada...

Pos Malaysia Keluar Setem Bertemakan Anjing Kerja

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluarkan siri setem pertama bagi 2018 bertemakan ‘Haiwan dengan Pelbagai Peranan-Anjing Kerja’.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Pos dan Kurier Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata siri setem itu boleh didapati mulai Khamis (18 Jan), menampilkan tiga jenis anjing kerja yang terkenal, anjing-anjing pengesan, kawalan dan pemandu.

“Koleksi ini menonjolkan kepentingan anjing kerja yang dilatih untuk melaksanakan tugas-tugas khas bagi membantu manusia misalnya dalam usaha penjegahan jenayah, pengesanan bahan-bahan tersembunyi dan membantu individu cacat penglihatan,” katanya dalam sidang media memperkenalkan siri setem itu, di sini hari ini.

Diyana Lean berkata koleksi setem itu memaparkan lakaran anggota bomba dan anjing Border Collie; polis dan anjing Belgian Shepherd; dan orang buta serta anjing Golden Retriever, manakala lembaran mini menampilkan ilustrasi polis dengan anjing German Shepherd dan anjing Labrador.

Pengeluaran siri setem terhad kepada 200,000 keping bagi setiap reka bentuk, 30,000 keping Sampul Surat Hari Pertama (SSHP), 25,000 keping lembaran mini dan 1,800 helai folder. — LAGI

Harga bagi sekeping setem adalah 60 sen, lembaran mini dijual pada harga RM5.30, SSHP 55 sen sekeping, folder RM6.35 setiap satu manakala set lengkap siri tersebut boleh dibeli pada harga RM58.10.


Dalam pada itu Diyana Lean berkata Pos Malaysia juga mengeluarkan Setem Ku Ucapan menggantikan kad ucapan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Setem Ku Ucapan yang membolehkan orang ramai menulis ucapan dan meletakkan foto mereka dijual mulai hari ini hingga 16 Feb, pada harga RM21.20. – BERNAMA

Kategori