Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jual MyKad: “Saya Bukan...

GEORGETOWN - Saksi utama kes penjualan MyKad dan dokumen pengenalan diri sah memberitahu...

Dua Sindiket Tumpas, Dadah...

KUALA LUMPUR: Gula-gula getah 'berperisa' dadah antara yang berjaya dirampas selepas polis menumpaskan...

Demi Laksana Impian Ibu,...

SEJAK awal pembabitannya dalam industri hiburan, aktor kacak Fizo Omar sememangnya sangat akrab dan pandai...

Tahan Sakit Bersalin Sertai...

KUANTAN - Pengalaman menahan sakit untuk bersalin semasa menyertai perarakan motor berkuasa tinggi...

PPK Beseri Guna RM500,000 Kembang Projek Ekonomi

PADANG BESAR – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri akan menggunakan peruntukan sebanyak RM500,000 yang diperolehi untuk mengembangkan perniagaan dua projek ekonominya.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis Shaidan Nordin berkata projek tersebut ialah pusat belian padi dan Pasaraya Peladang yang diusahakan oleh PPK Beseri sendiri.

“Saya berharap PPK Beseri dapat meningkatkan dividen kepada anggota-anggotanya, selain mengeluarkan zakat melalui keuntungan yang dijana,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian zakat berjumlah RM25,000 kepada 166 asnaf dalam kawasan Beseri, di sini, hari ini.

Sumbangan zakat itu termasuk RM15,000 oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan masing-masing menerima RM150 setiap seorang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata LPP Perlis diberi peruntukan sebanyak RM107,000 untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir dalam kawasan PPK Bintong dan Padang Siding empat bulan lepas.


Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Perlis untuk menentukan jumlah mereka yang layak menerima bantuan tersebut. – BERNAMA

Kategori