Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cabaran PAS Dapat Sokongan...

ALOR SETAR - PAS mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam...

Wanita Bunuh Suami, Ibu...

CHAOZOU – Seorang wanita dari Vietnam yang dibeli dengan harga RM16,000 untuk dikahwinkan...

Ingin Popular Di YouTube,...

CHICAGO - Hakim di Minnesota menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas wanita...

Polis Nafi Tanah Runtuh...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berlaku runtuhan sekali lagi di kawasan tanah runtuh...

Presiden Singapura Jalan Di KL Macam Orang Biasa

BERSAHAJA… Jika bulan lalu, Presiden Singapura, Halimah Yacob dikritik teruk ramai netizen antikerajaan hanya kerana kereta rasmi beliau tidak disaman polis trafik waima jelas melakukan kesalahan.

Kali ini pula beliau dipuji pengguna media sosial republik tersebut kerana imej dirinya santai berjalan-jalan sambil membeli-belah beberapa barangan ketika meluangkan masa seharian di sekitar Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Apa yang menariknya lapor media Singapura, presiden baharu republik tersebut berbuat demikian dengan cara penuh sederhana dan masih lagi merendah diri walaupun beliau sebenarnya bertaraf sebagai “orang besar”.

Gambar unik Halimah semasa berada di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman itu sempat dirakam seorang pengguna Facebook warga Malaysia bernama Nazerrul Hazwan dan dimuat naik melalui akaun Facebook beliau.

Beberapa sumber rasmi memaklumkan agensi berita tempatan MediaCorp bahawa presiden kelapan Singapura itu memang sedang bercuti di ibu kota Malaysia pada hujung minggu lalu sebelum menyambut Tahun Baharu 2018.

Nazerrul sendiri yang berasal dari Parit Buntar, Perak dan kini menetap di Semenyih, Selangor dilaporkan mula terserempak dengan Halimah ketika kebetulan berada di satu kawasan beli-belah baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Jurutera yang juga bekas lepasan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah di Taiping, Perak itu memuat naik gambar eksklusif keadaan pemimpin Singapura tersebut menerusi laman Facebook miliknya pada Ahad lalu.

MediaCorp yang kemudian menghubungi Pejabat Presiden di Istana Singapura, turut menerima pengesahan bahawa Halimah, 65, memang berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu dan ia dibuat atas tujuan peribadi.

Pejabat tersebut namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai lawatannya ke Kuala Lumpur atas faktor tertentu setelah dimaklumkan gambar berkenaan tular dalam kalangan pengguna media sosial di Singapura.

Dalam catatan Facebook, Nazerrul yang jelas mengenali siapakah sebenarnya Halimah mengatakan bahawa semasa berjalan-jalan di pusat bandar raya Kuala Lumpur, beliau terserempak dengan Ketua Negara Singapura itu.

Baca: Kereta Presiden Singapura Nyaris Disaman Polis Trafik?

Kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan

“Jalan jalan di ibu kota hari ni, nampak “puan” ni pilih tudung. Nak tegur tapi speechless tak tahu nak cakap apa. Puan ni mungkin orang besar, tapi sangat bersahaja,” tulis Nazerrul dalam catatan pada status foto tersebut.

Halimah menurutnya berjalan “sangat bersahaja” sambil membeli-belah tanpa ditemani oleh pasukan pengawal keselamatan. Tidak ramai berani menegurnya kerana dipercayai mungkin warga ibu kota kurang mengenalinya.


“Butik First Lady depan dia pun dia tak masuk, belek tudung RM10 tepi jalan je. Keluar jalan simple berlenggang je. Kalau ajak lepak minum kopi pun entah entah dia nak,” tambahnya menggambarkan gaya sederhana Halimah.

Beliau menulis: “Untuk tampak sederhana di hadapan masyarakat tanah air sendiri mungkin biasa, namun untuk kekal bersederhana walaupun di negara orang tanpa publisiti dan mata yang mengenalinya memerhati.”

Catatan ringkas melalui Facebook Nazerrul itu menjadi tular menerusi media sosial dan sehingga petang Rabu sudah pun dikongsi lebih 800 kali dan mendapat lebih 400 komen selain kira-kira 1,300 tanda suka.

“Presiden Singapura… simple sahaja penampilannya,” kata salah seorang pengguna Facebook bernama Asudi Hamdun sambil memuji gaya kehidupan presiden wanita yang julung kali dilantik di Singapura itu.

Pengguna Eddy Sophian pula menarik perhatian bahawa “ni maknanya rendah diri tak sombong”. Komen serupa juga dikeluarkan oleh Yong Wai Keat yang berkata “Presiden Singapura berjiwa rakyat dan tidak berlagak.”

Ada menarik perhatian tentang taraf sebenar Halimah untuk rakyat Malaysia yang mungkin tidak mengenali beliau antaranya Mohd. Hazreen menulis: “Dia (Halimah) ni ibarat same level dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.”

Komen itu disambut oleh Mohd Sanny Dan yang menyatakan: “Juga setaraf dengan Maharaja Jepun.” Halimah baru dilantik sebagai presiden republik itu sejak 14 September lalu dan merupakan bekas speaker Parlimen Singapura.

Berkelulusan undang-undang, beliau merupakan orang Melayu kedua dilantik menjadi ketua negara itu selepas presiden pertama, Tun Yusof Ishak setelah Singapura berpisah daripada Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori