Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasir Gudang Masih Tenat?

1. PEJAM celik, tragedi pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sudah berlalu...

Malaysia Kaji Terbit Bon...

MALAYSIA sedang mempertimbang untuk menawarkan bon global, kali pertama dalam tempoh dua tahun,...

Salma Ungguli ‘Pentas 3...

SHAH ALAM - Peserta kelahiran Sabah, Salma diumum sebagai 'Juara Antara Juara' menerusi...

15 Kawasan Berisiko Di...

SEREMBAN - Lima belas kawasan berisiko di Negeri Sembilan akan diberi tumpuan dalam...

Program Free Market Di Setiap Mukim Di Kulim

KULIM – Pejabat Daerah Kulim bakal mengadakan Program Free Market di setiap mukim di daerah ini berikutan sambutan baik sebelum ini.

Pegawai Daerahnya, Mohamad Che Nai berkata, sejak diadakan Jun lalu, pihaknya menerima maklum balas yang sangat baik yang memohon program seumpama itu diteruskan.

“Jadi, kami akan buat perancangan teliti agar program ini dapat dikembangkan ke mukim lain,” katanya selepas merasmikan Program Free Market 3.0 yang diadakan di perkarangan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.

Program selama tiga hari yang bermula hari ini, menyaksikan lebih 10,000 pasang pakaian disumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan di samping peralatan sekolah, permainan kanak-kanak serta peralatan rumah.

Mohamad berkata, program tersebut yang diadakan dengan kerjasama JKM, Majlis Perbandaran Kulim, Puspanita dan Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech diharap memberi manfaat kepada lebih 3,000 orang ramai yang memerlukan.


Katanya pihak pejabat daerah masih berusaha mendapatkan satu lokasi statik bagi mengadakan Free Market secara berterusan. – BERNAMA

Kategori