Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usaha Baik Pulih Apartment...

HULU SELANGOR - Usaha membaikpulih dan memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai, Taman...

Pemungut Sampah Curi Untuk...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pemungut sampah dihukum...

Tiada Masalah Zakir Hadir...

PUTRAJAYA - Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik tidak melakukan kesalahan sekiranya menghadiri program...

Dua Remaja Maut, Motosikal...

SEREMBAN — Dua remaja maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah...

Program 1 Anggota 1 Rumah Manfaat Anggota ATM

SEPANGGAR – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk di Sabah akan mendapat manfaat daripada Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau berkata pihak ATM akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menjayakan program itu.

“Sebenarnya, SASaR akan dibangunkan di semua negeri di mana ada kem tentera,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Program SASaR merupakan satu skim bagi mengurangkan kebergantungan anggota ATM terhadap penempatan kuarters sekali gus memberi galakan kepada anggota untuk membeli rumah sewaktu dalam perkhidmatan dengan nisbah 70 peratus anggota ATM dan 30 peratus veteran

Kementerian Pertahanan menyasarkan untuk membina 25,000 unit rumah mampu milik untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara menjelang tahun 2030 menerusi program SASaR.

Raja Mohamed Affandi berkata kebajikan anggota ATM, termasuk keluarga mereka akan terus diutamakan, sekali gus memberi kelegaan kepada anggota ketika menjalankan tugas.

Beliau turut mengingatkan anggota ATM supaya meningkatkan perpaduan dalam kalangan mereka dan menolak hasutan dan tohmahan pihak tertentu yang hanya mahu merosakkan kesatuan mereka.


“Saya mengambil kesempatan untuk melawat anggota ATM di semua tempat untuk mengukuhkan perpaduan antara pemerintahan dalam ATM dengan warganya.

“Kami saling memerlukan (pemerintahan ATM dan anggotanya). Mudah-mudahan kaedah ini (mendekati anggota) akan menjadikan angkatan lebih bersatu dan kukuh yang boleh kerajaan sandarkan harapan,” katanya.

Terdahulu, Raja Mohamed Affandi bertemu warga Tentera Udara Diraja Malaysia di Labuan dan akan turut bertemu dengan anggota veteran ATM di negeri ini. – BERNAMA

Kategori