Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Bayi Ajaib Tsunami’ Azam...

GEORGETOWN - 'Bayi ajaib tsunami' S. Thulaasi bersyukur terselamat dalam gelombang pembunuh itu...

Tekad Banteras Judi Haram...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu Datuk Mazlan Lazim bertekad...

Imej Islam: MAB Bakal...

LONDON - Malaysia Airlines Berhad (MAB) giat berbincang untuk menyewa pesawat A380 milik...

Kunjungan Pertama Ke Menara...

KUALA LUMPUR - Kunjungan pertama kali ke Menara Kuala Lumpur (Menara KL) di...

Projek Rintis eCall Akan Dilaksana Tahun Ini

PUTRAJAYA – Projek rintis sistem eCall yang menghantar isyarat kecemasan daripada kenderaan terlibat kemalangan serius bagi mempercepatkan bantuan, akan dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata projek rintis itu akan melibatkan pemasangan sistem tersebut pada kenderaan baharu dengan beberapa pengeluar telah memberi respons positif, bagi meneliti keberkesanannya.

“Apabila kemalangan berlaku, tempoh respons untuk bantuan kecemasan penting bagi menyelamatkan nyawa tepat pada masanya,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis pemeteraian memorandum kerjasama di antara Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

TM akan menyediakan prasarana komunikasi, membangun dan mengurus Pusat Panggilan Kecemasan bagi eCall Malaysia manakala MIROS akan memastikan kelancaran pelaksanaan dengan membantu dalam pembangunan standard, polisi dan dasar berkaitan eCall di negara ini.

Menerusi sistem itu, kenderaan yang dilengkapi eCall akan menghantar isyarat kecemasan kepada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 yang kemudian akan menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk bantuan.

Mengulas lanjut, Liow berkata Miros akan mengkaji keberkesanan eCall sebelum menggalakkan pemasangan secara sukarela.


Beliau berharap pelaksanaan sistem itu dapat membantu kerajaan mengurangkan 50 peratus kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2020.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Miros Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi TM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Penanggung Ketua Pengarah MIROS Dr Siti Zaharah Ishak serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr Mohd Ali Mohammad Nor. – BERNAMA

Kategori