Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tidak Isytihar Harta Akan...

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memasukkan seksyen baharu di...

Isteri Musa Hassan Nafi...

SHAH ALAM : Isteri bekas Ketua Polis Negara, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul...

SMK Ayer Hitam Sekolah...

JERLUN – Persekitaran sekolah dengan landskap yang menghijau serta indah mampu memberi impak...

PM Cadang Persefahaman Rentas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan cadangan untuk melaksanakan...

Projek Terowong P.Pinang: ‘Datuk Seri’ Bebas Reman

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret hari ini membebaskan seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan projek tiga lebuh raya dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Majistret Khir Niam Zemari memerintahkan lelaki berusia 62 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM58,000 dengan seorang penjamin.

Lelaki itu, yang dipercayai terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan projek itu lebih RM305 juta yang dikemuka kepada kerajaan Pulau Pinang, ditahan pada 24 Jan lalu ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM di sini dan direman selama lima hari bermula 25 Jan.

Difahamkan, firma kejuruteraan suspek yang berpangkalan di Kuala Lumpur, pernah terbabit dalam pelbagai projek mega termasuk pembinaan sebuah jambatan di Pulau Pinang, terminal bas di ibu negara dan menaik taraf sebuah lapangan terbang negeri.

Lelaki itu adalah antara empat individu yang ditahan reman oleh SPRM setakat ini bagi membantu siasatan projek itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata SPRM telah merakamkan percakapan 76 saksi berhubung kes berkenaan.


Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction yang merangkumi beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Kategori