Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terlepas Penerbangan, Wanita Nekad...

NEKAD... Sepasang suami isteri yang terlepas panggilan terakhir menaiki sebuah pesawat nekad lari...

Rusia Anjur Latihan Tentera...

CHITA - Russia mengadakan latihan tentera terbesar dalam sejarah negara itu sejak 1981...

Penyanyi Lagu Ahmad Tertipu...

Malang sungguh nasib yang menimpa penyanyi bernama Salwa Razak ini .Dia yang pernah popular...

Wan Azizah Enggan Komen...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

PRU14: Calon BN Sedang Jalani Tapisan Integriti

KUALA LUMPUR – Semua calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sedang menjalani tapisan integriti sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan sebarang salah laku melibatkan integriti, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, walaupun negeri-negeri telah menghantar nama-nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), tapisan integriti akan menjadi perkara utama dalam pemilihan calon.

Beliau berkata tapisan itu dilakukan oleh unit khas BN bersama agensi-agensi berkaitan, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita tahu bahawa soal-soal yang tersangkut dengan integriti melibatkan rasuah atau penyalahgunaan kuasa atau personaliti atau sahsiah yang bercanggah dengan pelbagai perundangan turut diberikan perhatian.

“Dalam perkara sedemikian, pengundi mahu melihat personaliti seseorang. Bagaimana seseorang calon (bukan hanya) bersih tetapi mesti kelihatan bersih,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Diskusi Intelektual:Institut Integriti Malaysia di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori