Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Peka Keselamatan Makanan Di...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa peka terhadap keselamatan makanan...

Pengurusan KFA Akan Bincang...

ALOR SETAR - Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan bermesyuarat dalam...

TPPA: Masih Terlalu Awal...

KUALA LUMPUR - Masih terlalu awal untuk rakyat membuat sebarang telahan berhubung keputusan...

Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat...

PETALING JAYA - Walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 masih berkuat kuasa,...

Pukul Anak Sampai Mati Kerana Hilangkan Telefon

WANITA ini lebih sayangkan telefon bimbitnya daripada anak sendiri dan disebabkan si anak telah menghilangkan telefon berkenaan, dia telah memukul anak lelakinya itu hingga meninggal dunia.

Anaknya, Ming Ming, yang berusia sembilan tahun telah diikat di kerusi dan dipukul dengan kayu selama lima jam.

Mangsa ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di seluruh badannya termasuk muka dan kepala.

Siasatan menerusi CCTV memperlihatkan kanak-kanak itu merayau di merata tempat di kawasan kejiranan Huang Qiao, China, iaitu kawasan di mana dia menetap di situ bersama ibunya.

Pada pukul 3 petang pula dia dilihat merayau di kawasan taman untuk mencari telefon itu dan sejam selepas itu, dia bertanyakan kepada pengawal keselamatan di kawasan terbabit, Qian.

“Ming Ming kehilangan telefonnya ketika bermain salji. Telefon itu tidak mempunyai sim kad jadi sukar untuk menemuinya apatah lagi ia dilitupi dengan salji,’’ kata Qian.

Menurut laporan Jiangsu News, ibu Ming Ming, Chen menjadi berang apabila mengetahui telefon itu hilang lalu mengikat anaknya di kerusi dan memukulnya dengan kayu mulai pukul 6 petang hingga 11 malam.


Chen menyatakan dia tidak memukul anaknya berterusan selama lima jam sebaliknya hanya memukulnya lima kali sahaja. Dia juga hanya memberikan anaknya sedikit air.

Wanita itu kemudiannya membawa anaknya ke bilik tidur dan sekitar pukul 5 pagi, dia mendapati Ming Ming terbaring di atas lantai.

Apabila paramedik tiba, Ming Ming sudah tidak bernyawa.

Chen ditangkap dan dia dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil. – MYNEWSHUB.CC

Kategori