Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3,516 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,516 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKes aktif...

Petugas Media Terima Vaksin...

KUALA LUMPUR - Kumpulan petugas media negara akan mendapat suntikan vaksinasi COVID-19, bermula...

Pengundi BN Sedang Diperbodohkan...

Penyokong Barisan Nasional (BN) jangan mengulangi kesilapan lalu. Jangan sesekali mengabaikan BN seperti...

Guru Ditelanjang, Dibelasah Kerana...

SEORANG guru telah dipukul dan dibogelkan di khalayak ramai oleh ibu bapa kepada pelajar...

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Akan Dinaik Taraf

BALING – Beberapa kerja menaik taraf Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di sini akan dilaksanakan secara berperingkat berikutan jumlah pelancong terutamanya dari negara luar semakin meningkat sejak lokasi itu dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kedah.

Pengurus pusat rekreasi itu Mardziah Muhamad Razi berkata kerja-kerja itu melibatkan beberapa bahagian seperti di kawasan kolam air panas dan chalet dengan bumbung teduhan akan dipasang di kolam tertentu bagi memudahkan para pengunjung menggunakan kolam itu pada siang hari.

“Struktur lantai dan sekitar kolam juga akan dinaik taraf bagi memastikan kawasan tersebut bebas licin. Di samping itu, tapak perkhemahan juga akan ditambah di sekitar pusat rekreasi itu termasuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak baharu dan sedia ada.

“Ruang tapak perkhemahan kini menjadi satu keperluan kerana ramai pengunjung yang datang, memilih untuk berkhemah kerana mahu menikmati suasana malam di sini. Malah, berkhemah sering menjadi alternatif terbaik sekiranya chalet yang sedia ada di sini penuh,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mardziah berkata selain itu pihaknya juga akan mengemas kini sistem tiket untuk kemasukan ke pusat rekreasi berkenaan dan sedang meneliti beberapa kaedah terbaik termasuk sistem imbasan pada gelang yang dilihat paling praktikal setakat ini.


“Semua proses naik taraf ini dilakukan melalui peruntukan bajet yang sudah dipersetujui bagi 2018. Ia sesuatu yang perlu dilakukan memandangkan sepanjang tiga bulan terakhir 2017 sahaja, kita menerima lebih 60,000 pengunjung dan kami jangka ia akan meningkat pada tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata taman tema mini yang dijangka dibina bermula April ini di pusat rekreasi itu bakal menjadi tarikan terbaharu di pusat rekreasi berkenaan.

Katanya taman tema itu akan dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan dan aktiviti menarik seperti ‘flying fox’ sebagai pilihan alternatif kepada kanak-kanak selain mandi-manda di kolam air panas itu. – BERNAMA

Kategori