Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Misi Mencari Muhammad Hawari...

PUTRAJAYA: Operasi mencari menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim,...

Bekalan Ikan Kembung Kurang...

KEPALA BATAS - Bekalan ikan kembung di Pulau Pinang berkurangan lebih 80 peratus...

“Buat Majlis Kahwin Di...

TEMPAT yang mewah dan gah biasanya menjadi impian buat kebanyakan para pengantin di...

Pemuda PAS Ipoh Timur...

KUALA LUMPUR - Perbalahan dalam kalangan pimpinan akar umbi PAS berhubung keputusan Muktamar...

Puspakom Nafi Staf Mekanik Terlibat Lumba Haram

KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menafikan mekaniknya terlibat dalam kegiatan lumba haram dan ditahan polis di Ipoh, Perak pada 15 Januari lalu.

Puspakom dalam satu kenyataan media berkata, semakan mendapati nama mekanik yang ditahan polis tersebut tiada dalam sistem data kakitangan Puspakom.

“Berdasarkan pengesahan maklumat Jabatan Penguatkuasaan Trafik Polis Ipoh dan penyiasatan pihak kami, nama tersebut tiada dalam sistem data kakitangan kami.

“Justeru, kami menafikan kenyataan tersebut dan mengesahkan bahawa tiada kakitangan Puspakom yang ditahan dalam Ops Trafik oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dalam operasi berkenaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Puspakom, kenyataan itu telah menjejaskan reputasi Puspakom sebagai sebuah organisasi yang mendukung dan membantu menyebarkan kepentingan keselamatan jalan raya dan penjagaan kenderaan kepada orang ramai.

Sehubungan itu, Puspakom meminta semua pihak mendapatkan pengesahan Puspakom sebelum mengeluarkan kenyataan yang melibatkan nama dan kakitangan syarikat itu.


“Ini akan dapat mengelakkan kekeliruan dan salah sangka serta akan menjaga nama baik syarikat,” kata kenyataan itu.

Beberapa media baru-baru ini melaporkan seorang mekanik Puspakom antara 38 samseng jalanan yang ditahan semasa melakukan aktiviti lumba haram di Jalan Raja Dihilir, Ipoh.

Media terbabit melaporkan berita dengan memetik nama Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias yang menyatakan perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori