Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pemain JDT Kongsi Duit...

KUALA LUMPUR - Pemain-pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berkongsi wang bagi...

Tambang Percuma Sebulan Di...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid...

Tindakan Tegas Kepada Pihak...

GEORGE TOWN - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mengganggu...

Bubar DUN: MB Menghadap...

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadual...

Raja Muda Perlis Sertai Ziarah Mahabbah MAIPs

TRANG (THAILAND) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menyertai program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke wilayah Trang sehingga Ahad.

Program yang merupakan kerjasama strategik MAIPs dan Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman Thailand itu adalah platform perkongsian pintar dalam pelbagai bidang bagi merealisasikan matlamat ‘ummatan wahidah’.

Berangkat sama pada program itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara aturcara sepanjang program itu adalah sesi Hijrah Minda Antarabangsa MAIPs bersama komuniti Islam di wilayah Trang, yang diadakan di Masjid Sujud Al-Islam.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs semasa berangkat ke masjid itu untuk solat Jumaat bertitah mengingatkan umat Islam agar saling menghormati, memperingati, bertanggungjawab, beradab sopan serta saling mempercayai.

“Hindarilah daripada sifat-sifat yang keji seperti mencemarkan nama baik, melaga-lagakan, mengeksploitasi, mempolitikkan isu sensitif dan sebagainya.

“Dengan ini, persefahaman yang positif akan dapat terus kekal hidup, dijaga dan dipelihara serta tidak disia-siakan dalam suasana yang makmur, sentosa dan mendapat keredaan Allah,” titah baginda.


Tuanku Syed Faizuddin berharap agar umat Islam tidak hilang punca dalam kehidupan dan sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunah.

Baginda juga menyeru agar umat Islam tidak melemahkan perpaduan yang sedia terbina disebabkan untuk memenuhi tuntutan golongan ekstremis.

Pada majlis itu, baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs sebanyak RM5,000 kepada masjid berkenaan untuk tujuan aktiviti dakwah serta kemasyarakatan dan sumbangan tunai kepada 80 pelajar anak-anak yatim dan fakir miskin. – BERNAMA

Kategori