Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Belanjawan 2023: Tiada Pengenalan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun...

Saya Nak Jumpa Dia...

Batu Pahat: "Saya tak nak adik saya mati. Saya nak jumpa dia dalam...

Ibu Tiri Durjana Biar...

INGATKAN persepsi ibu tiri kejam sudah tidak lagi wujud tapi rupa-rupanya masih ada...

Annuar Tak Hasrat Sambung...

KUALA BERANG – Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat menyambung khidmat sebagai pengerusi...

Ramai Ragu Beli Tauge Jijik Keluaran PATI Bangladesh

PENDEDAHAN Harian Metro berhubung penanaman dan penjualan tauge oleh pendatang tanpa izin (PATI) Bangladesh menyebabkan pembeli di pasar basah sekitar ibu kota lebih berhati-hati.

Hasil tinjauan wartawan akhbar berkenaan di sekitar Pasar Besar Pudu di Kuala Lumpur, mendapati ramai pelanggan mulai berasa ragu-ragu untuk membeli tauge dari kebanyakan peniaga warga asing.

Pelanggan, Roziatummiah Abd Aziz, 51, berkata, susulan pendedahan tauge jijik dihasilkan warga asing itu menyebabkan dia lebih berhati-hati untuk membeli sayur berkenaan.

“Saya semakin risau dan was-was apabila mahu membeli tauge kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan dan keluarga.

“Kehadiran warga asing menjajah pasar Pudu membuatkan khuatir isu kebersihan dan keselamatan kepada kesihatan,” katanya yang memilih untuk beli barangan basah daripada peniaga tempatan.

Kakitangan swasta, Mohd. Firdaus Mohd Sabray, 23 berkata, dia kerap memilih sayuran dan barangan makanan yang dijual dengan harga murah di pasar basah.


“Saya sering beli sesuatu makanan tanpa berfikir panjang sama ada ia kotor atau bersih.

“Susulan timbulnya isu sebegini, saya kini lebih berwaspada dan tidak ambil mudah lagi berhubung aspek kebersihan makanan,” katanya.

Roziatummiah berkata, pengguna perlu lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti sesuatu barang dan mestilah sentiasa peka dengan makanan yang dibeli sama ada di pasar raya atau di pasar. – myMetro Online

Kategori