Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Laporan: Pendapatan isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah Malaysia pada tahun ini menunjukkan corak yang...

Lee Chong Wei Juara...

PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi Terbuka Malaysia 2016...

Agong, Raja Permaisuri Berangkat...

KUCHING - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Guan Eng Betul Ke...

KUALA LUMPUR ā€“ Seorang penganalisis politik mendakwa rasa ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim...

Remaja Disambar Buaya Ketika Pancing Udang

BETONG – Seorang remaja lelaki yang sedang memancing udang bersama-sama sepupu lelakinya di tebing Sungai Dit di Kampung Melayu Dit, Debak dekat sini disambar buaya kira-kira 5.30 petang hari ini.

Kejadian yang menimpa mangsa dikenali sebagai Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, yang tidak lagi bersekolah itu dilaporkan kepada pihak polis Debak oleh sepupunya Senie Bujang, 54, pada 7.45 petang.

Dalam laporannya, Senie yang merupakan kakitangan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Miri yang sedang bercuti menyatakan mereka memancing di tebing sungai itu sejak 5 petang, sebelum mangsa yang berada kurang dua meter di hadapannya tiba-tiba disambar buaya.

ā€œPengadu telah berteriak meminta pertolongan orang kampung. Kejadian belaku dalam sekelip mata sahaja. Mangsa terus dibawa ke dasar sungai,ā€ kata Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Fahdil An Tum Abdullah ketika dihubungi malam ini.

Orang kampung berusaha mencari dengan perahu dan memasang jaring serta menggunakan jala tetapi gagal menemui mangsa.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, James William Ngang berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pihaknya pada 6.11 petang dan satu pasukan lima anggota Bomba dan Penyelamat serta aset telah digerakkan ke lokasi.


Sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada 9.45 malam, mangsa belum ditemui.

Operasi turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Betong, Polis Betong dan Debak serta penduduk kampung.

Beliau berkata, operasi SAR akan disambung pada 8 pagi esok. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Buaya

Kategori