Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Watson Nyambek Marah Status...

MIRI - Pemegang rekod kebangsaan 100 meter, Watson Nyambek, menyuarakan kekecewaannya tentang sebuah...

Pekerja Asing: Myanmar Boikot...

KUALA LUMPUR - Sebarang keputusan Myanmar menghentikan penghantaran pekerjanya ke Malaysia tidak akan...

Bekas MP Langkawi Meninggal...

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, dilaporkan meninggal dunia meninggal dunia kira-kira...

Video: Wanita ‘Belasah’ Polis...

MEMANG berani betul!  Seorang wanita dilaporkan 'berang' dengan tindakan seorang anggota polis yang...

Remaja Cicir Sekolah Diberkas Operasi Judi Di Miri

MIRI – Tiga remaja keciciran sekolah antara 59 individu yang diberkas polis dalam operasi perjudian haram di Sarawak minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak (CID) Datuk Dev Kumar berkata dalam operasi yang dijalankan bermula 8 Jan hingga semalam, membabitkan penahanan 32 lelaki, 24 wanita dan tiga remaja keciciran sekolah itu kerana menyediakan perkhidmatan tambah nilai judi siber.

“Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun diberkas di Bintulu manakala dua remaja perempuan berusia 16 tahun ditahan di Bau dan Kota Samarahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dev berkata kesemua suspek berusia antara 15 dan 53 tahun ditahan untuk siasatan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

“Pihak polis mengesyorkan kepada pejabat daerah masing-masing untuk mengkaji semula lesen perniagaan premis yang diserbu kerana melakukan kegiatan yang tidak sah,” katanya. – BERNAMA

Kategori